Tuesday, December 23, 2014

Apa hasil siasatan terhadap 1MDB?

KUALA LUMPUR 23 DIS: Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran menggesa pihak berkuasa mendedahkan hasil siasatan skandal 1 Malaysia Developmenet Berhad (1MDB) kepada rakyat.

Surendran mengingatkan rakyat mempunyai hak untuk mengetahui perkembangan siasatan skandal kewangan terbesar negara itu yang melibatkan sejumlah RM42 bilion dana awam.


“Pada 13 Disember, Ketua Polis Negara mendakwa bahawa pihak polis telah memulakan siasatan ke atas skandal tersebut.

“Namun sejak itu, tiada sebarang berita mengenai perkembangan siasatan,” tegasnya dalam satu kenyataan media.

Surendran turut membangkitkan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara itu seperti dilapor media.

Jelasnya pertemuan misteri ini telah menimbulkan persoalan serius mengenai siasatan yang sedang dijalankan ke atas skandal 1MDB.

“Demi kepentingan ketelusan dan keadilan, Najib perlu mengesahkan sama ada terdapat apa-apa mesyuarat dan mendedahkan apa yang dibincangkan atau diputuskan dalam mesyuarat ini,” ujarnya.

Katanya, Mahathir nampaknya menggunakan skandal berkenaan untuk meletakkan tekanan politik ke atas Najib.

“Penglibatan beliau (Mahathir) itu adalah campur tangan yang tidak boleh diterima dalam usaha untuk sampai ke bahagian bawah skandal 1MDB,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-