Friday, January 30, 2015

Apabila kartun berupaya goyahkan ahli politik kita

oleh K Kabilan

SEKILAS PANDANG: Tidak begitu sukar untuk memahami mengapa sesetengah orang atasan sangat marah dengan kartunis politik Zulkiflee Anwar Alhaque, yang lebih dikenali sebagai Zunar.

Jika dikaji mana-mana karya-karya beliau, ia akan memberitahu anda siapa sasaran utama beliau, dan kegemarannya, watak yang menyerupai isteri seorang pemimpin paling atas. Malah, watak ini muncul di muka hadapan kebanyakan penerbitan beliau.

Seperti yang dikatakan Robert Russell, yang merupakan pengarah eksekutif Cartoonists Rights Network International, pada 27 Januari lalu, kerajaan Malaysia perlu diberi ucapan tahniah kerana menjadikan Zunar wira negara terbaru negara ini.

"Selama hampir lima tahun Zunar telah menjadi duri dalam daging kerajaan, kerana beliau mendedahkan, dan kemudiannya menunjukkan semua salah laku moden sebuah negara yang seakan-akan gagal.

“Kartun beliau memberi tumpuan kepada rasuah, kronisme, kekurangan ketelusan, kecurian, sogokan haram, nepotisme, penipuan dalam pilihan raya dan setiap jenis ganjaran yang ahli politik gagal gemar lakukan," tambah Russell.

Satu hari selepas membuat kenyataan itu, kerajaan Malaysia membuktikan Russell betul dengan menyerbu pejabat Zunar pada 28 Januari dan merampas 155 naskhah buku beliau. Nasib baik Zunar berada di London apabila itu berlaku. Jika tidak, mungkin beliau juga ditangkap.

Rupa-rupanya serbuan itu dijalankan bagi siasatan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang menangani fitnah jenayah.

Buku-buku kartun yang dirampas dari pejabat Zunar adalah dari dua tajuk - 'Komplot Penjarakan Anwar' dan 'Pirates of The Carry-BN'.

Tajuk-tajuk ini jelas menyatakan mengapa buku-buku ini dianggap tidak selamat untuk kegunaan orang ramai di Malaysia!

Zunar sudah pun berada dalam siasatan kerana hasutan berdasarkan hasil karya kartunnya yang lain. Beliau ditahan selama dua hari di bawah Akta Hasutan pada tahun 2010.

Tindakan menambah kes polis terhadapnya, atau mendakwa beliau di mahkamah atas tuduhan-tuduhan meragukan, tidak akan menghalang rakyat Malaysia dari membaca kartun beliau.

Semakin pihak berkuasa cuba menyekat kartun Zunar, lebih popular ia akan jadi, dan lebih mesejnya akan tersebar dengan lebih meluas.

Kartun politik telah wujud buat masa yang lama, untuk mengingatkan mereka yang berkuasa mengenai kelemahan mereka. Ia mencerminkan isu-isu yang membimbangkan rakyat.

Pada masa yang sama, kartun ini memberikan keceriaan yang amat diperlukan dalam kehidupan kita. Ia membolehkan kita untuk mentertawakan setiap aspek yang berbeza, untuk mentertawakan segala-galanya, tetapi dengan cara yang tidak berbahaya.

Ahli-ahli politik perlu belajar untuk ketawakan kartun ini, dan melakukan kerja mereka.

Tindakan terbaik yang mereka boleh lakukan terhadap kartunis-kartunis seperti Zunar adalah untuk menunjukkan bahawa mereka boleh bekerja keras dan berkhidmat buat rakyat, bukannya menjadi pemerintah kukubesi yang sentiasa mahu membalas dengam terhadap setiap kritikan.

Jaga-jagalah, tindakan kukubesi itu hanya akan mendedahkan lebih ramai wira-wira demokrasi Malaysia yang tersembunyi!

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Apabila-kartun-berupaya-goyahkan-ahli-politik-kita#sthash.SMMu5XEn.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-