Thursday, January 15, 2015

Nahas bas, tujuh penumpang rentung

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dari dalam rangka bas persiaran yang terbabit dalam nahas jalanraya di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran susur keluar ke Tapah, awal pagi tadi. - Foto Twitter @bomba JBPM

TAPAH, 15 Januari:

Sekurang-kurangnya lapan orang maut, termasuk tujuh daripadanya rentung terbakar dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran susur keluar ke Tapah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.11 pagi Khamis itu, bas berkenan yang dalam perjalanan dari Kuala Kurau menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Lim Soo Lan, 59; Tan Ah Ba, 65; Tan Chan Hing, 49; Aw Ah Poh, 56; Tan Ah Baa, 64; Ong Ah Yook, 58; dan Sin Ah Guat, 54.

Manakala pemandu bas yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Kesemua mayat kini di Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan mayat pemandu di HRPB Ipoh.

“Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada penumpang yang terselamat, bas berkenaan dinaiki 31 orang, setakat ini tujuh penumpang didapati maut dan 15 cedera dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala tujuh lagi cedera ringan.

“Kita masih menyiasat dan mengesan sama ada benar terdapat satu lagi mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw.

Menurut beliau lagi, siasatan awal mendapati bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan di lokasi kejadian.

Ia kemudian hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta jenis Daihatsu Charade yang berhenti di bahu kiri jalan, sebelum terbalik ke dalam lomgkang dan terbakar.Keadaan bas persiaran berkenaan yang terbalik melintang di dalam parit di sebelah kiri lebuh raya, manakala anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam berusaha mengeluarkan mangsa yang terselamat. – Foto Twitter @bombaJBPM

“Bas terbabit melanggar tayar lori sebelum merempuh sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan dan kemudian terbabas serta terbakar.

“Pemandu kereta jenis Charade itu dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya,” kata Somsak ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa dilakukan anggota pasukan bomba dan penyelamat setakat ini hanya menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/15/nahas-bas-tujuh-penumpang-rentung/#ixzz3OqdGO0vQ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-