Sumbangan berupa beg sekolah dan baucar yang membolehkan para pelajar menukarkannya dengan pasangan uniform dan kasut sekolah itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, yang juga bekas calon pilihan raya kecil Teluk Intan.
“Dengan program seperti ini, Pusat Komuniti DAP Teluk Intan cuba melaksanakan yang terbaik untuk mewujudkan persekitaran yang baik untuk murid-murid menuntut ilmu, disamping mengurangkan beban keluarga untuk membiayai keperluan sekolah,” kata Dyana dalam satu kenyataan.
Hadir sama dalam majlis ringkas penyerahan sumbangan adalah ADUN Pasir Bedamar Perak Terence Naidu.
Kata Terence, meskipun sumbangan yang diberikan adalah serba sederhana, beliau berharap melalui inisiatif ini ia dapat membuka mata lebh banyak pihak dan dermawan untuk turut bersama dalam usaha murni meringankan beban terutamanya kepada keluarga yang kurang berkemampuan.
“Mereka adalah masa hadapan negara kita. Sumbangan ini (diharap) dapat menyumbang kepada kemajuan murid-murid.
“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja yang membantu DAP Teluk Intan menjayakan projek ini. Kami berharap pada masa akan datang kami dapat membantu lebih ramai murid-murid,” kata Terence.
Sementara itu, Pusat Komuniti Teluk Intan turut ke Kampung Gajah untuk menyampaikan bantuan kepada Pusat Operasi Banjir Kampung Gajah.
Difahamkan, Pusat Komuniti Teluk Intan turut menjadi pusat pengumpulan sumbangan orang ramai untuk membantu mangsa banjir di kawasan berdekatan.
Malah, DAP Perak turut sentiasa memantau keadaan Sungai Perak di Teluk Intan dari masa ke semasa sebagai persediaan menghadapi banjir. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.