Sunday, January 25, 2015

Selangor catat kes denggi paling tinggi dalam semunggu

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata punca negeri itu mencatat rekod tertinggi penularan wabak denggi adalah disebabkan faktor kutipan sampah yang tidak terurus.

BALIK PULAU, 25 Januari:

Selangor merekodkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu lebih 1,000 kes dalam tempoh seminggu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata punca negeri itu mencatat rekod tertinggi penularan wabak denggi adalah disebabkan faktor kutipan sampah yang tidak terurus.

“Penyakit demam denggi makin meningkat kini. Di seluruh negara ia mencatat jumlah kes hampir 3,000 dalam tempoh seminggu namun daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan lebih 1,000 kes denggi,” katanya kepada pemberita selepas program penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 peringkat Parlimen Balik Pulau di sini hari ini.

Dr Hilmi berkata kawasan yang merekadkan jumlah tertinggi wabak denggi di Selangor adalah di Petaling.

“Selangor merupakan satu kawasan urban (bandar), kerajaan tempatan perlu melihat semua sekali, perlunya penguatkuasaan di semua kawasan termasuk di kawasan-kawasan setinggan,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/25/selangor-catat-kes-denggi-paling-tinggi-dalam-seminggu/#ixzz3PoiDQvb6

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-