Sunday, January 11, 2015

Video gadis Melayu dipeluk artis K-Pop dikecam

Aksi berpelukan dan bercium di hadapan khalayak ramai oleh gadis-gadis Melayu yang fanatik terhadap kumpulan K-pop mendapat kecaman pelbagai pihak. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR, 11 Januari:

Kegilaan gadis Melayu terhadap bintang k-pop dari Korea pada hari ini dilihat sangat membimbangkan.

Bukan sahaja meminati lagu, malah mereka teruja hingga ada yang sanggup merelakan diri dicabul seperti memberi keizinan tanpa mengambil kira persoalan hukum agama terhadap perlakuan mereka itu.

Ini terbukti apabila satu klip video yang berdurasi selama 3 minit 21 saat menunjukkan beberapa orang gadis Melayu bertudung lingkungan 20-an merelakan diri mereka dipeluk dan dicium di atas pentas pada satu persembahan K-Pop yang diadakan di ibu negara petang semalam.

Video tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV dan sudah ditonton lebih 327,047 kali.

Ia juga telah dikongsikan oleh pengguna laman sosial lebih 12,654 kali dan 8,080 orang menyukainya serta mendapat pelbagai komen.

Ramai daripada penggguna Facebook mengutuk sikap gadis-gadis Melayu terbabit yang disifatkan sebagai sangat memalukan.

Seorang pengguna Facebook, Musemmil Genjuro menulis: “Maaf bercakap. Tak pelik ke? Kenapa semua perempuan yang disentuh semuanya bertudung? Di situ kita nampak kebodohan dan kelemahan akidah umat akhir zaman.

Sementara itu seorang pengguna Facebok yang bukan beragam Islam menggunakan nama Mathis Mim menulis: “Walaupun saya bukan seorang yang beragama Islam, saya sendiri malu tengok benda ni.

“Apa yang dah sebenarnya terjadi dengan rakan rakan kita ini? Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawah pengaruh barat ini?

“Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri

“Renungkanlah saudara saudara sekalian. Inikah yang dimaksudkan dengan budaya bangsa Malaysia? Saya mohon sangat pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan dasar-dasar yang dapat menghalang benda-benda seperti ini dari berlaku.

“Negara sedang bersusah, dilanda bencana, perlukah konsert sebegini? Tunggu dan lihat, tuhan itu maha mengetahui, semua akan dibalas . tunggu dan lihat kesan akibat kita menjunjung sangat budaya jahil ini,” katanya.

Pautan:  video di sini
https://www.facebook.com/video.php?v=817830958283924


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/11/video-gadis-melayu-dipeluk-artis-k-pop-dikecam/#ixzz3OUehu8zH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-