Thursday, February 19, 2015

"Bagaimana Najib tahu Sirul dan Azilah tak terima arahan bunuh Altantuya?

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetahui dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar dan Azilah Hadri tidak menerima arahan untuk membunuh model Mongolia Altantunya Sharibuu.

Dalam kenyataannya petang ini Kit Siang berkata, bagaimana Najib mengetahui kedua anggota polis itu tidak menerima apa-apa arahan dari ‘pihak atasan’ untuk membunuh dan memusnahkan bukti dengan meletupkan tubuh Altantunya menggunakan bahan letupan C4.

“Beliau (Najib) boleh mengatakan tidak ada apa-apa ‘arahan’ darinya. Tetapi bagaimana dia boleh mengatakan bahawa tidak ada apa-apa ‘arahan’ dari orang lain?

“Bagaimana dia begitu pasti? soal Kit Siang dalam kenyataannya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu merujuk kenyataan Najib pagi ini yang diminta pemberita mengulas dakwaan Sirul bahawa bekas anggota UTK itu bertindak atas arahan dan pihak yang mempunyai motif masih bebas.

Najib dalam jawapannya kepada soalan pemberita berkata, dakwaan Sirul itu sebagai ‘mengarut’.

Ujar Kit Siang, cara terbaik untuk menyelesaikan teka-teki itu adalah dengan mengadakan penyiasatan menyeluruh, dan bebas meskipun melibatkan badan antarabangsa berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Tambahnya, reaksi Najib itu tidak membersihkan namanya bag menghilangkan keraguan teori bahawa Sirul dan Azilah membunuh Altantuya, dan memusnahkan bukti dengan meletupkan tubuhnya menggunakan bahan letupan C4 ‘dengan arahan’.

Lebih-lebih lagi kerana ia bersangkutan dengan kenyataan polis pertama Sirul yang bertarikh 9 November 2006.

Sirul dalam wawancaranya dengan Malaysiakini semalam berkata “Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman, kerana saya cuma buat apa yang diarah, dan ini balasannya yang saya dapat.

Sirul, yang disabitkan bersalah juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesannya.

Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

Tangguh hukuman mati

Justeru itu, Kit Siang menggesa Najib membuat pendirian sama ada berlaku ketidakadilan apabila Sirul dan Azilah ke tali gantung, manakala dalang pembunuhan Altantuya yang mempunyai motif dan memusnahkan bukti dibenarkan bebas.

“Saya menyeru kepada Najib memulakan penyiasatan teliti, menyeluruh dan bebas ke atas kes pembunuhan Altantuya, dan mengumumkan penangguhan hukuman mati sehingga selesai siasatan tersebut,” tegas Kit Siang. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-