Tun Dr Mahathir Mohamad berkata akan meletakkan jawatan jika beliau menjadi perdana menteri pada hari ini, sambil menambah akan menurut gesaan daripada orang-orang yang berpendapat beliau tidak menjalankan tugas dengan baik.
"Saya akan meletakkan jawatan," katanya menjawab soalan dalam forum "The Malaysian Dilemma" di Kuala Lumpur, hari ini.
"Jika anda tidak melaksanakan dan orang mengatakan anda tidak bagus, sila letak jawatan," kata perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini yang bersara pada 2003.
Mengenai komen yang beliau memilih pengganti dan timbalan, Dr Mahathir berkata orang ramai boleh melihat prestasi dan menghakimi mereka sendiri.
"Bagi Najib, saya tidak tahu jika dia melaksanakannya dengan baik," kata Dr Mahathir merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir turut mengakui kelemahannya memilih pengganti, kerana kebanyakan mereka yang dipilihnya mempunyai masalah.
"Saya tidak bagus memilih pengganti, saya pilih Anwar, kamu lihat apa yang berlaku, Pak Lah, apa yang berlaku, Najib saya tidak tahulah," katanya merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau turut berkata, kesemua mereka ini menunjukkan prestasi yang berbeza sebelum memegang jawatan.
"Sebelum mereka ada kuasa, mereka bersih," katanya.
Beliau turut mengakui sokongan yang diberikannya kepada kerajaan pemerintah ketika ini juga bukan sokongan mutlak.
"Saya sokong tapi bukan mutlak, saya minta maaf. Kalau ada yang perlu ditegur, saya akan tegur," katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau sendiri sebenarnya enggan mengkritik Najib kerana beliau juga tidak mengetahui semua perkara.
Namun, Dr Mahathir turut berpendapat, sikap kerajaan sedia ada yang terpinggir daripada majoriti rakyat mengakibatkan situasi sedemikian berlaku.
"Penstrukturan bajet, ada beberapa yang perlu dipotong lagi. Saya sentiasa bantah BR1M, tidak cukup RM500," katanya, merujuk kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diberikan kerajaan kepada individu dan keluarga berpendapat rendah.
"BR1M itu tidak bernilai, terlalu kecil," tambahnya.
"Kepimpinan hari ini tidak sensitif dengan apa yang rakyat katakan, mereka terpinggir daripada rakyat awam." – TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=246662:saya-letak-jawatan-kalau-masih-pm-kata-dr-mahathir&Itemid=2#ixzz3RWGCkpsu
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.