Wednesday, February 11, 2015

Tarif TNB turun Mac depan



Pengumuman pengurangan tarif elektrik di Twitter Tenaga Nasional Berhad - Foto: Twitter

KUALA LUMPUR, 11 Februari :

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengumumkan bahawa akan menurunkan tarif elektrik bermula 1 Mac depan.

Perkara itu diberitahu menerusi laman rasmi Twitter TNB sebentar tadi yang menyatakan pihaknya akan menurunkan kadar elektrik sebanyak 2.25 sen per kilowatt (kwh) bermula Mac hingga 30 Jun 2015.

Menurut TNB, tarif baharu itu akan berkurangan daripada 38.53 sen kepada 36.28 sen.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili turut mengesahkan perkara berkenaan dengan menyatakan bahawa kabinet telah memutuskan perkara itu pada hari ini.

Pengguna domestik bakal nikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 dalam bil bulanan dengan penjimatan ICPT.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini setelah dimaklumkan kos penjimatan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang boleh dilepaskan kepada pengguna dalam bentuk tarif yang lebih rendah adalah RM726.99 juta setelah mengambil kira penurunan kos bahan api global dan penjanaan.

Tambahnya lagi, penjimatan kos ICPT itu akan menurunkan bil elektrik bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300/kWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri.

“Walau bagaimanapun, pengguna domestik yang menggunakan elektrik 300/kWj dan ke bawah sebulan, tidak terlibat dengan keputusan ini,” katanya dalam sidang media berkaitan ICPT dan tarif elektrik di sini hari ini.

ICPT dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada Januari 2014 sebagai satu mekanisme untuk membenarkan sebarang perubahan dalam kos bahan api dan penjanaan dilepaskan kepada pengguna.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/11/tarif-tnb-turun-mac-depan/#ixzz3RRHi2K81

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-