SHAH ALAM, 28 Februari:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta orang ramai menunggu pengumuman rasmi mengenai berhubung harga runcit bahan api dijangka naik antara 6 sen sehingga 20 sen berkuat kuasa 12.01 pagi pada 1 Mac.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata pihaknya enggan mengulas sebarang spekulasi yang tersebar luas di laman sosial.
Menurutnya, mereka diminta mengikuti pengumuman yang akan dikeluarkan pada malam ini untuk mendapatkan kepastian.
“Selalu orang bertanya dan bila tiba masanya saya akan umumkan. Malam ini kita akan ada pengumuman harga baru untuk Mac dan kita tunggulah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan promosi ‘Lebih Nilai, Lagi Hebat’ Nestle di di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengarah Urusan Nestle (Malaysia) Berhad, Alois Hofbauer.
Hari ini, postal Melvister.com mengatakan bahawa harga rasmi bagi RON95 naik kepada RM 1.91 sen seliter berbanding RM1.70.
Bagi RON97 pula ia naik kepada RM2.11 daripada RM2.00 seliter manakala diesel pula naik kepada RM1.85 seliter berbanding RM1.70 seliter bagi harga pada bulan Februari 2015.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.