KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mendedahkan agenda sebenar pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam ucapannya pada Sidang Dewan Rakyat tengah hari tadi berkata, tujuan pelaksanaan GST tidak seharusnya dirahsiakan dan rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada pemegang bon.
"Kerisauan saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka...Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.
"Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30 Oktober 2014 supaya GST ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat," katanya sambil disambut dengan sokongan kebanyakan ahli Dewan.
Menyentuh soal hutang negara pula, beliau menambah, hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4 peratus dan ia diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia.
Malah menurut beliau, negara juga kini sedang dibebani hutang korporat.
Menegaskan rakyat tidak seharusnya dibebankan untuk membayar hutang negara, kata beliau lagi, setiap pemimpin sebaliknya perlu bertanggungjawab mencari penyelesaian terhadap krisis ekonomi dan hutang negara.
"Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara.
"Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini," katanya lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kerajaan mempertimbang cadangan penangguhan pelaksanaan GST yang dikatakan memberi beban terhadap rakyat. - SH
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=257202:jangan-selindung-agenda-pelaksanaan-gst-ku-li&Itemid=2#ixzz3UeIepUeA
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Wak tak heran kalu lihat pemimpin2 UMNO ni tersenyum, sebenar nye dalam senyuman tu ade lah tangisan........ Senario PRU 13 ni sangat be...
-
What happened in Ayodhya? In 1992 a mosque in Ayodhya was torn down by angry Hindus who believed that Hindu...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
Wak cube tanam pokok ni cume untuk suke2 aje, nampak nye tanaman ni dah mule mengeluarkan hasil nye. Buah ni masih mude lagi dan rase ...
-
Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
-
Wak heran juge bile semakin ramai terutamenye kaum mude mudi keturunan banjar sudah semakin melupekan asal usul diri mereke. Boleh dikatekan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.