Selepas permohonan maaf dibuat kepada aktivis hak haiwan terbiar Save Our Strays (SOS), laman Facebook Penang Kini melancarkan pula serangan lain kepada kumpulan NGO itu.
Dalam tulisan terbaru di Facebook Penang Kini, mereka pula menuntut permohonan maaf SOS kerana didakwa membenarkan perempuan Islam bertudung memegang anjing dalam program menggalakkan pemeliharaan haiwan itu Ahad lalu.
"Gambar wanita Islam itu juga diambil secara berleluasa pada masa program itu berlangsung.
"Sepatutnya mereka bertanggungjawab terhadap apa jua yang berlaku di lokasi program," kata Penang Kini.
Menurut laman Facebook komuniti itu, gambar yang disebarkan boleh menimbulkan fitnah kepada Islam dan menimbulkan kemarahan kerana menyentuh sensitiviti umat Islam negara ini.
"Jangan fikir SOS sahaja terkilan dan kesal, namun di pihak admin (pentadbir) dan warga Muslim juga berasa terkilan dan kesal dengan gambar yang dirakamkan dalam program tersebut," katanya lagi.
Semalam, Penang Kini telah memohon maaf berikutan satu gambar dan tulisan seorang perempuan bertudung mendukung dan bergambar dengan seekor anjing.
Ia dimuat naik bersama tulisan: "Panas! Program orang Islam peluk anjing dah menular ke Penang! Mana Malik Kassim?" - M'kini
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=255142:perang-isu-dukung-anjing-berterusan&Itemid=2#ixzz3U20Nrzyv
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Sepatutnya perkara ini tidak timbulkan perbalahan pendapat sesama sendiri. Nazri sepatutnya tidak perlu layan orang tua ini. Sepatutnya o...
-
Wak tak heran kalu pekerje2 yang berade dalam Perkhidmatan Awam tu semue nye bersetuju juge dengan saranan Presidennye tu. Kate nye 'pen...
-
Kalaulah perkara ini berlaku di negara lain, sudah pasti ada berlaku pergaduhan hingga sampai ber bunuh2 han. Yang pasti ianya tidak mungki...
-
Wak tak heran kalu UMNO menyerang pemimpin2 PR terutame nye PAS dan PKR dengan tohmah dan fitnah mem buruk2 kan peribadi. Sebenar nye UMNO...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Harapan PAS - 'PAS for All'. Ini lah slogan PAS yang sangat berkesan pada PRU12 yang lepas. Setelah meraih kemenangan banyak kerusi...
-
Wak tak heran kenape menteri2 UMNO ni selalu keluarkan iade2 yang kurang bijak. Pertame pemimpin2 UMNO tahu bahawe pencacai2, penyokong da...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.