Wednesday, April 1, 2015

Saluran beri maklumat mengenai GST

Senarai barang yang tidak dikenakan GST boleh dilihat di laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia http://gst.customs.gov.my/.

KUALA LUMPUR, 1 April:

Pengguna perlu tahu saluran-saluran untuk mereka mendapatkan maklumat mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) apabila ia mula dilaksanakan hari ini.

Sebagai permulaan, senarai barang yang tidak dikenakan GST boleh dilihat di laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia http://gst.customs.gov.my/

Turut disenaraikan adalah barang-barang yang dikenakan GST.

Sementara itu terdapat juga saluran untuk menjadikan pelaksanaan GST, lebih mudah.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan MyKira GST, satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk memastikan impak GST ke atas harga lebih 10,000 barang.

Melalui aplikasi berkenaan, setiap aduan yang difailkan melalui e-aduan akan terus dihantar kepada pasukan penguatkuasa.

Pengguna juga boleh memfailkan aduan melalui talian 1-800-886-800 atau 03-8882-6245 dan 03-8882-6088 untuk siasatan.

Sebelum ini terdapat laporan di mana terdapat lebih 3,000 pegawai GST yang akan memantau pelaksanaan cukai berkenaan.

Pengguna juga dinasihatkan untuk membuat aduan mengenai harga tinggi selepas GST dilaksanakan kepada kementerian untuk siasatan dijalankan di bawah Akta Harga Terkawal dan Anti Pencatutan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/01/saluran-beri-maklumat-mengenai-gst/#ixzz3W0vSwvdW

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-