Monday, April 6, 2015

Umat Islam mengkin terima 'durian runtuh' menjelang bulan puasa dan menyambut hari raya nanti.........


Ini lah kali pertama Wak membeli makan ternakan setelah dikenakan GST.  Wak tak heran dengan kenaikkan 6% berikutan perlaksanaan GST oleh kerajaan, kerana Wak yakin dengan kenaikkan kos makanan ternakan ini ianya pasti juga akan menghasilkan kenaikan harga jualan nanti.

Wak dapat maklumat dari penjual makanan ternakkan bahawa harga yang Wak bayar hari ni ialah harga stok lama sebelum 1hb April, bagi harga baru yang akan datan ianya akan lebih tinggi lagi. Makna nya pengilang kenekan 6% kepada pemborong, pemborong kenekan 6% kepada peruncit dan akhirnye 6% lagi kepada pengguna.

Wak pun kurang faham dan kurang pasti tentang perkara ini, cuma tunggu sahaja kebenaran nya apabila di kenekan caj jualan 'stok baru' nanti.

Menteri2 sudah umumkan bahawa barangan dari hasil ternakan tidak di kenekan GST, ini mungkin benar, tetapi dengan kos tinggi yang di tanggung oleh penternak, mampukah Menteri yang berkenaan menahan kenaikkan harga dari hasil ternakan nanti?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-