Selepas berkongsi resipi nasi goreng tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) minggu lalu, Datuk Ahmad Maslan kini tampil mempersembahkan hasil masakannya sekali lagi menerusi laman Twitter hari ini.
Ahmad yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan, bertindak memuat naik dua foto ‘Nasi goreng campur tiada GST’ yang mendatangkan banyak respon daripada pengguna Twitter.
“Sesekali sedia sarapan untuk keluarga. Nasi goreng campur resipi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ni ada program UMNO,” tulisnya di akaun Twitter milik beliau @ahmadmaslan.
Tweet berkenaan menjadi viral dalam beberapa minit selepas beliau memuat naik gambar berkenaan yang setakat jam 4 petang Ahad sudah di ‘retweet’ sebanyak lebih 2,400 kali.
Bagaimanapun kebanyakan pengguna Twitter memberi respon seolah-olah ‘menyindir’ tindakan Ahmad kerana tidak semua bahan yang diperlukan untuk memasak nasi goreng tidak dikenakan GST.
“@ahmadmaslan teknik ‘hidang terus dari kuali’ banyak dipraktikkan di Perancis. Skil kulinari YB sangat tip-top! Tahniah!,” komen @ATMlogy.
“Dah tak ada benda nak digoreng pasal GST, awak buat nasi goreng GST pulak ye @ahmadmaslan?” komen seorang lagi pengguna @sicfallacy.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/06/14/chef-ahmad-maslan-kongsi-hasil-nasi-goreng-campur-tanpa-gst/#ixzz3d1lcDhoA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.