Monday, June 29, 2015

Pengerusi MARA patut saman Rafizi kalau fakta ini tidak benar........

Mara guna 8 syarikat untuk ‘sembunyi’ pembelian hartanah di Melbourne, dakwa Rafizi

Rafizi mendakwa Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa mengetahui tentang skandal Mara sejak Mei tahun lalu namun tidak berbuat apa-apa mengenainya.

KUALA LUMPUR, 29 Jun:

Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) Rafizi Ramli mendakwa Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempergunakan lebih lapan syarikat untuk menyembunyikan perbuatan mereka selepas membeli empat hartanah di Melbourne.

Rafizi berkata, dengan menggunakan ‘lapisan’ syarikat ini, ia dilihat Mara cuba untuk menyembunyikan pembelian berkenaan.

Katanya untuk hartanah di 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street, Mara menggunakan nama syarikatnya di Labuan, Singapura dan Australia untuk pembelian.

Dia turut mendakwa Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa mengetahui tentang skandal Mara sejak Mei tahun lalu namun tidak berbuat apa-apa mengenainya.

“Beliau berlagak seolah-olah tidak mengetahui apa-apa mengenai skandal Mara dan tidak buat apa-apa mengenainya.

“Kami mempunyai bukti bahawa beliau sendiri tahu mengenai hartanah berkenaan kerana beliau bersama delegasi Mara diberi penerangan di Melbourne mengenai hartanah terbabit pada 20 Mei tahun lepas di mana ia turut dihadiri oleh Datuk Lan Allani yang bertangunggjawab dalam pembelian itu,” katanya pada satu sidang media, hari ini.

Rafizi berkata, empat hartanah itu adalah di 746 Swanston Street, Dudley International House, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.

Annuar katanya sepatutnya menyedari tanda amaran awal bahawa pembelian hartanah itu sepatutnya dikaji semula.

“Satu-satunya yang diketengahkan adalah Dudley International House, akan ada lagi pendedahan terhadap tiga lagi hartanah dalam minggu ini,” katanya.

Beliau berkata, bagi hartanah di 746 Swanston Street dan Dudley International House, ia didaftarkan di bawah syarikat luar pesisir yang berdaftar di bawah British Virgin Island (BVI).

“BVI adalah lebih ketat daripada Pulau Cayman mengenai pendedahan maklumat berkenaan syarikat dan rekod kewangan. Maklumat ini tidak tertakluk kepada pemerhatian awam,” katanya.

Menurutnya, dua lagi hartanah dibeli di bawah tiga lapis syarikat bagi menyembunyikan tindakan mereka.

“333 Exihibition Street dipegang oleh Powerwell Holdings Limited (berdaftar di Labuan) di mana ia dipegang oleh Carton Garden Pte Ltd (registered in Singapore) dan Peters Equity Pte Ltd (berdaftar di Australia).

“51 Queen Street dipegang oleh Vortex Holdings Limited (berdaftar di London) yang dipegang oleh Marinn Property Pte Ltd (berdaftar di Singapura) dipegang oleh Queville Pty Ltd (berdaftar di Australia) yang kini memegang syarikat hartanah berkenaan.

“Penggunaan tiga lapisan syarikat ini tidakkah akan menimbulkan keraguan? Jadi bagaimana tiada orang dalam Mara berkata apa-apa?” katanya.

Lawatan delegasi Mara ke Australia boleh dilihat melalui laman web Kementerian Luar di pautan:

http://www.kln.gov.my/web/aus_melbourne/e2014/-/asset_publisher/ME2g/blog/majlis-amanah-rakyat-mara-working-visit-to-melbourne-australia

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/29/mara-guna-8-syarikat-untuk-sembunyi-pembelian-hartanah-di-melbourne-dakwa-rafizi/#ixzz3eQvZawn8

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-