PERKASA membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan isu dakwaan pembelian hartanah melebihi harga pasaran di Australia oleh MARA Inc seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Age dan portal-portal berita di negara ini.
Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti PERKASA, Azrul Akmal Saharudin berkata biro itu memandang serius perkara itu kerana MARA adalah sebuah agensi yang sangat dekat dengan orang Melayu dan Bumiputera di atas peranannya dalam memperkasakan ekonomi serta pendidikan orang Melayu dan Bumiputera.
"Tentunya peranan yang dimainkan oleh MARA sebagai payung kepada orang Melayu dan Bumiputera dalam memajukan diri dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan sosioekonomi amat dicemburui oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu memusnahkan MARA," katanya yang juga ahli Dewan Tertinggi PERKASA.
Beliau menegaskan bahawa PERKASA akan mempertahankan MARA dan "kita akan menjadi benteng dari serangan murush yang mahu merosakkan nama baiknya walaupun di kalangan orang Melayu sendiri".
"Kita memandang isu ini pada dua sudut yang berbeza. Pertamanya, selepas keputusan siasatan SPRM diperoleh, jika dakwaan ini adalah palsu dan berniat jahat untuk memburukkan nama baik MARA, maka wajarlah tindakan keras dan saman dikenakan terhadap pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini.
"Namun jika dakwaan ini disahkan kebenarannya, maka "beruk-beruk" yang terlibat yang dikatakan terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi MARA dan bekas ahli politik, haruslah dihukum dengan sekeras-kerasnya.
"(Ini) kerana mereka bukan sahaja melakukan jenayah, malah mereka telah melakukan perkhianatan yang jelas terhadap orang Melayu dan Bumiputera," tegasnya..
PERKASA, tambahnya, tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat hak-hak orang Melayu dan bumiputera dan "kita akan mempertahankan MARA walau apa aral melintang".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.