Showing posts with label Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Show all posts
Showing posts with label Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Show all posts

Sunday, July 23, 2023

Salahuddin Ayub kembali ke rahmatullah

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 23, 2023
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub meninggal dunia pada usia 61 tahun malam ini.

Anak kepada allahyarham timbalan presiden Amanah itu, Fatihah Salahuddin memaklumkan pemergian bapanya pada hantaran di media sosial.

"Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023," katanya.

Ahli parlimen Pulai dua penggal itu (2018, 2022) telah dikejarkan ke hospital di Alor Setar pada Jumaat dan doktor mengesan dia mengalami pendarahan otak.

Allahyarham telah menjalani pembedahan kecemasan dan sejak itu diletakkan bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Salahuddin meninggalkan seorang balu Fatimah Taha dan enam orang cahaya mata.

Dalam perkembangan berkaitan, setiausaha akhbar kepada menteri KPDN, Syakirin Husnal memberitahu jenazah allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai di Johor.

"Pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini.

Inisiatif Rahmah

"Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman," katanya pada satu kenyataan.

Salahuddin juga pernah dua kali berkhidmat sebagai ahli parlimen Kubang Kerian.

Sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, Salahuddin memperkenalkan inisiatif Rahmah yang bertujuan menyediakan barangan dan perkhidmatan mampu milik kepada orang ramai.

Ini bermula dengan sajian Menu Rahmah RM5 dan sejak itu telah berkembang kepada barangan dan perkhidmatan lain seperti insurans, cermin mata.

Anak jati Johor itu sebelum ini berkhidmat sebagai menteri pertanian dan industri asas tani di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang pertama.

Saturday, July 22, 2023

Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan

ismaweb.net
Siti Fatimah
22/07/2023
Dimasukkan ke hospital selepas mual dan muntah-muntah

KUALA LUMPUR, 4 Muharam 1445H, Sabtu – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar, kata Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal.

Menerusi kenyataan pagi ini, beliau berkata, Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasih atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya.

Semalam, Salahuddin dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Sebarang perkembangan mengenai kesihatan Salahuddin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, menurut kenyataan itu.

 – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Thursday, January 19, 2023

Harga siling ayam, telur diangkat selepas bekalan pulih, kata Salahuddin

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-January 18, 2023 11:20 PM
Salahuddin Ayub berkata kerajaan sedang menunggu masa untuk mengangkat harga siling ayam dan telur yang telah dilaksanakan terlalu lama.

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengangkat pengapungan harga siling ayam dan telur ayam selepas bekalan dijangka pulih dalam tempoh tiga bulan akan datang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, kementeriannya sedang menunggu masa untuk mengangkat semula harga siling barangan tersebut.

“Saya telah nyatakan hasil laporan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bekalan ayam telah pulih sepenuhnya dan bekalan telur akan pulih paling kurang tiga bulan lagi.

“Jadi hanya menunggu masa sahaja untuk harga siling diangkat balik kerana ia telah dilakukan terlalu lama, hampir setahun lebih,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Tambahnya, harga siling yang bakal diangkat kembali itu sedang menunggu keputusan yang akan diputuskan kabinet sendiri.

Terdahulu, Salahuddin berkata, penetapan harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam standard di pasaran akan dikaji semula bagi memastikan rakyat mendapat sumber protein itu pada harga lebih stabil.

Ditanya sama ada harga siling baharu itu nanti akan lebih murah berbanding harga siling semasa atau sebaliknya, Salahuddin berkata perkara itu akan ditentukan kemudian dan berharap rundingan baik dapat dilakukan dengan pemain industri.

Saturday, December 10, 2016

Myanmar henti hantar pekerja tak jejas M'sia

Malaysia tidak akan terjejas sekiranya kerajaan Myanmar menyekat rakyatnya datang bekerja di negera ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata tindakan Yangon itu tidak memberi impak khususnya kepada sektor pengeluaran domestik negara memandangkan Myanmar bukan sumber utama bekalan tenaga kerja asing.

"Sumber utama tenaga pekerja bagi Malaysia adalah dari Bangladesh, Indonesia dan Kemboja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Hala Tuju Koperasi Bela Rakyat Malaysia (Kobera) di Bukit Merah Laketown Resort di Bagan Serai hari ini.

Pada Isnin, Kementerian Imigresen Myanmar menerusi satu kenyataan mengumumkan pemberhentian pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.

Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar yang melarang rakyat negara itu bekerja di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Hamzah yang juga anggota Parlimen Larut meminta koperasi di negara ini memanfaatkan sepenuhnya perniagaan secara dalam talian untuk memasarkan produk mereka bagi memperluaskan rangkaian masing-masing.

"Anggota koperasi terbabit juga perlu dilatih semula bagi membolehkan mereka menggunakan internet untuk memasarkan produk.

"Ada sesetengah koperasi tidak mempunyai satu produk pun dan mereka boleh menjalinkan perniagaan secara dalam talian bagi mencipta (memasar) produk," katanya.

Mengenai Kobera, Hamzah berkata ketika ini terdapat 300 buah sedang beroperasi di seluruh negara sejak 2008 tetapi hanya 151 yang kekal aktif.

"Sebab itu pendapatan koperasi terbabit yang aktif hanya RM3 juta tahun ini dan ia merupakan pendapatan yang sangat kecil," katanya.

- Bernama

Thursday, October 27, 2016

Hamzah: Subsidi hanya untuk minyak masak 1kg

Tarrence Tan  :

Ini bermakna, subsidi untuk minyak masak kategori lain, termasuk 5kg dimansuhkan.
KUALA LUMPUR : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini memberi jaminan harga minyak masak 1kg kekal pada RM2.50, tetapi subsidi untuk kategori lain dimansuhkan.

“Apabila saya kata kami mahu melakukan rasionalisasi, sesetengah orang ingat harga minyak masak akan naik RM3.70 hingga RM3.90 sekilogram.

“Saya berkata, subsidi perlu dikekalkan,” kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin menolak khabar angin mendakwa Putrajaya bercadang memansuhkan subsidi minyak masak 1kg, pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Bagaimanapun, Hamzah berkata, subsidi untuk minyak masak kategori lain dihapuskan, termasuk minyak masak peket plastik 5kg, mulai Selasa depan.

“Saya mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dan kami setuju paling penting ialah kumpulan berpendapatan rendah.

“Kami faham mereka ni selalu beli pek 1kg. Itu sebabnya saya mengumumkan hari ini yang harga untuk peket plastik 1kg kekal RM2.50,” katanya.

Hamzah berkata, kerajaan mengambil kira beberapa aspek sebelum menyemak semula harga untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi, termasuk kenaikan harga minyak sawit mentah dalam pasaran semasa.

Katanya, pemansuhan subsidi perlu dilakukan susulan purata kenaikan RM600 setiap tan metrik minyak sawit dalam tempoh kurang setahun, sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan tambahan RM400 juta bagi menampung subsidi minyak masak untuk tahun ini sahaja, disebabkan inflasi.

Minggu lalu, Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga 1kg minyak masak peket plastik akan dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25, mulai 1 November ini.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan kedua, Datuk Johari Abdul Ghani pada Khamis lalu dilaporkan berkata, rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.

Sunday, March 6, 2016

Roti canai naik harga, lapor segera - KPDNKK

FMT Reporters

Kos bagi menghasilkan sekeping roti canai hanya dua sen.
LARUT: Pengusaha restoran tidak wajar menjadikan penarikan balik subsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25 kilogram (kg) sebagai alasan untuk menaikkan harga makanan terutama roti canai.

Ini kerana, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kos bagi menghasilkan sekeping roti canai hanya dua sen.

“Kalau ada yang kata roti canai naik sebab tepung 25kg tak ada subsidi, sila buat laporan dan kita akan ambil tindakan terhadap mereka.

“Kita akan siasat bila restoran itu mula dibuka, kalau restoran itu dah bukavselama lima tahun, jadi kompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 adalah sebanyak lima tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang di sini hari ini.

Bermula 1 Mac lepas, kerajaan menarik balik subsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25kg kerana kebanyakan isi rumah tidak membeli produk saiz berkenaan.

Harga subsidi tepung gandum untuk kegunaan am bagi pek sekilogram pula diteruskan dengan harga runcit kekal pada RM1.35 sekilogram.

Menurut Hamzah, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung kenaikan harga makanan selepas pengurangan subsidi tepung gandum.

“Kita akan memantau dari semasa ke semasa kerana tepung gandum antara bahan utama untuk membuat roti canai,” katanya.

-Bernama

Friday, July 3, 2015

Peluang Najib dapat ribuan juta RM - SAMAN "WSJ dan Sarawak Report"

Laporan WSJ: Jangan percaya maklumat tak sahih, kata Hasan Malek

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 3 July 2015 1:19 PM
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek menasihati orang awam supaya jangan mudah percaya kepada sesuatu perkara yang belum dipastikan kesahihannya.

Mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendakwa dana berbilion ringgit dimasukkan ke akaun perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Hasan berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih belum ada kepastian sama ada benar atau salah.

"Kita jangan terlalu percaya sesuatu yang tak sahih... Jadi, tak eloklah. Kalau tak sahih, tak perlu saya beri komen. Nak komen, kena tanya MOF (Kementerian Kewangan)," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas sidang media pengumuman Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2015 di Putrajaya, hari ini.

WSJ dan Sarawak Report menyatakan artikel yang diterbitkan mereka itu berdasarkan dokumen daripada siasatan kerajaan terhadap 1MDB.

Dokumen itu, katanya, merupakan yang pertama melibatkan Najib secara langsung dengan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib mengetuai lembaga penasihat 1MDB dan kini menghadapi tekanan politik yang semakin meningkat berhubung dana itu yang setakat ini mengumpul sejumlah RM42 bilion hutang.

Siasatan kerajaan itu, menurut WSJ, menunjukkan apa yang dipercayai penyiasat sebagai pergerakan tunai di kalangan agensi kerajaan, bank dan syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, sebelum ia berakhir di akaun peribadi Najib.

WSJ berkata ia mengkaji borang pemindahan wang bank dan aliran carta yang diperolehi penyiasat kerajaan, mencerminkan pemahaman mereka tentang aliran tunai itu.

Ia masih tidak jelas dari mana wang itu datang dari dan apa yang berlaku kepada wang yang disalurkan ke dalam akaun Najib.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-wsj-jangan-percaya-maklumat-tak-sahih-kata-hasan-malek#sthash.IjFEjy98.dpuf

Wednesday, December 31, 2014

Masih lagi tidak BERTERIMA KASIH kepada Kerajaan......???

2015: Harga RON95 RM1.91, RON97 RM2.11 diesel RM1.93

BERNAMA | 31 Disember 2014.
KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON 95 dan RON 97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, mulai 1 Januari 2015.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.

Pada Disember 2014, harga runcit bagi RON 95, RON 97 dan diesel pada RM2.26 seliter, RM2.23 seliter dan RM2.46 seliter.

"Harga-harga bagi petrol dan diesel ini dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Disember 2014 dan kadar pertukaran mata wang," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu malam.

Beliau berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baru ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu ini," tambahnya. - Bernama

Thursday, October 30, 2014

Pelabur yslm-cdtup di Malaysia turut terjejas di atas tindakan kerajaan Thailand.........?


muktamad...zhang bakal masuk jel dan acc yslm bakal hangus...
persoalannya...adakah org2 kanan yslm di malaysia seperti jessy & john lee akan turut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa malaysia dan mereka mahu bertanggungjawab atas kerugian ahli2 yslm malaysia?
jadikan pengajaran dan lebih berhati2 utk buat biz dimasa akan datang...gagal sekali xbermakna gagal selamanya...masih ada biz yg betul2 bleh buat duit yg ikut law dan telus...selamat berjaya
Zhang Jian akhirnya dibe...
See More
LikeLike ·  ·  · 8152

Monday, July 15, 2013

Menteri PDNKK ajak penggune terlungkupkan penternak ayam?



Menteri: Elak makan ayam kalau harga naik

Datuk Hasan Malek
Datuk Hasan Malek
 
KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.


Wak tak heran kalu ramai yang marah dalam bulan pose ni, pertame nye kerane tak tahan dengan kenaik kan harge barang2 terutamenye barang makanan. Mungkin peniage barang2 makanan ni anggap semue nye yang berpuase tu memerlukan banyak makan, jadi mereke ambil kesempatan untuk naik kan harge barang2 makanan.

Kali ni Wak nak cerite sikit tentang kenaikan harge ayam. Pade pendapat Wak yang ade bele ayam ni, kenaikan tu memang nye sangat berpatutan. Punce utame penternak2 menaikan harge ayam ni ialah di sebabkan kenaikan harge umpan ayam (makanan ayam), jadi nye terpakse lah harge ayam tu di naikan sikit.

Sekarang Wak nak ulas sikit tentang berkenaan ucapan Pak Menteri UMNO tu, sedikit sebanyak ade juge kebenaran dari kate2 nye, ianye se olah2 ajak rakyat 'boikot' makan ayam. jike harge ayam tu mahal. Yang tak baik nye, penternak2 secare kecil2lan seperti kami ni pasti akan terlungkup.

Pade pendapat Wak menteri ni ade sikit skrew nye yang dah longgar. Sepatutnye beliau turun padang dan berjumpe dengan penternak2 ayam, cari jalan untuk menurunkan kos perbelanjaan bagi umpan dan benih anak ayam. Di sini Wak cadangkan kementerian yang berkenaan mendirikan kilang memproses makanan ayam dan juge pusat penetasan telur. Hanye dengan care ini harge ayam boleh di kawal.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-