Aktiviti perniagaan di Plaza Low Yat kembali pulih
FMT Reporters | July 23, 2015
Rata-rata pekerja di Low Yat mahu agar insiden yang berlaku baru-baru ini tidak diperpanjangkan kerana ia boleh menutup pintu rezeki mereka
PETALING JAYA: Aktiviti perniagaan di Plaza Low Yat yang terletak di Bukit Bintang kini berjalan seperti biasa.
Tidak ada kawalan daripada pihak kuasa bagi memantau pergerakan pengunjung dan orang ramai kembali berurusan di situ dengan selesa.
Meskipun baru-baru ini negara digemparkan dengan insiden pergaduhan antara dua kumpulan pemuda beberapa hari sebelum menjelangnya Aidilfitri, namun apa yang berlaku tidak sekali menjejaskan aktiviti jual beli di plaza yang sangat dikenali sebagai pusat jualan barangan teknologi maklumat terbesar di ibu negara.
Tinjauan Free Malaysia Today berkenaan mendapati, saranan sesetengah pihak yang mencadangkan supaya memboikot plaza tersebut tidak berjaya apabila masih ramai lagi yang datang terutama selepas waktu kerja.
Seorang penjual telefon bimbit, Gan Ah Pang, 34, berkata, insiden yang berlaku itu wajar dijadikan pengajaran agar tidak lagi berulang pada masa hadapan.
Katanya, pergaduhan seperti itu harus dielakkan kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak selain tidak membawa manfaat yang baik.
“Buat apa kita duduk dalam satu negara mahu gaduh-gaduh. Tak ada siapa yang untung kalau kita buat macam itu. Bisnes pun boleh jadi susah,” katanya.
Seorang pekerja kedai telefon, Maria Musa, 34, mahu agar insiden yang berlaku di Low Yat sebelum ini tidak diperpanjangkan lagi kerana ia boleh menyekat rezeki pekerja di situ sekiranya langkah memboikot plaza itu diteruskan.
“Saya sudah bekerja di sini hampir tiga tahun dan belum pernah lagi terjadi pergaduhan besar seperti mana yang berlaku baru-baru ini.
“Jika perkara seperti itu berlaku lagi saya dan beberapa lagi pekerja wanita Melayu yang bekerja dengan tauke-tauke Cina di kedai telefon di sini akan berasa ketakutan sekaligus boleh menutup periuk nasi kami,” ujarnya.
Sementara itu, seorang pengunjung, Ismail Samad, 46, berkata, dia sangat selesa menjadikan Low Yat sebagai destinasi untuk membeli perkakasan komputernya kerana pada kebiasaan apa yang dimahukan ada di situ.
“Saya memang selalu membeli barang spare part (alat ganti) komputer di sini kerana ia mudah didapati berbanding jika mencarinya di tempat lain.
“Lagipun saya boleh mendapatkannya dengan harga yang murah mengikut spesifikasi yang diperlukan,” katanya yang merupakan seorang juruteknik di sebuah syarikat swasta.
Dalam pada itu, beliau mengharapkan agar pihak berkuasa terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa membuat pemantauan ekoran dakwaan berlakunya penipuan oleh peniaga-peniaga di plaza itu untuk kepentingan pengguna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
Oleh MALAYSIA DATELINE February 26, 2021 10:20 am Umno tetap dengan pendirian tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional (PN) khasnya Ber...
-
freemalaysiatoday.com Ho Kit Yen -August 12, 2021 3:10 PM Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek J...
-
Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:43 pagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub menerima surat daripada Jemaah ...
-
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata demikian sebagai mengulas tindakan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai oleh bekas T...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Mar 23, 2023 9:08 AM Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menegaskan d...
-
agendaily.com 11/02/2023 Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohamad Nor mempersoalkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 2, 2023 12:40 PM Sebagai sebahagian daripada sekutu pakatan pilihan raya Pakatan Harapan-BN, Umno mahu pa...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 15, 2023 Bekas menteri agama Zulkifli Mohamad menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail me...
-
malaysiakini.com NS Ramli Diterbitkan: Mar 23, 2024 8:33 PM Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menj...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.