Berita Utama #2,
SEBAGAI anak jati Sabah, walaupun telah tinggal lebih 15 tahun di Semenanjung saya tetap mengikuti rapat perkembangan politik tanah kelahiran saya, Negeri Di Bawah Bayu.
Susulan penyingkiran Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) daripada Kabinet Malaysia oleh Perdana Menteri minggu lalu, ramai melihat tindakan itu suatu yang kurang cermat dan boleh membawa perpecahan yang lebih serius dalam Umno.
Saya merasakan langkah itu tergesa-gesa tanpa membuat penilaian mendalam latar belakang politik Sabah dan kesannya kepada ahli akar umbi Umno Sabah dan rakyat Sabah umumnya.
Sama ada terlepas pandang atau tidak peka, Najib seharusnya perlu meneliti corak dan suasana politik Sabah yang lebih cenderung kepada ketokohan pemimpin berbanding parti.
Ini telah terbukti dalam banyak pilihan raya lalu sama ada pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil di Sabah yang memperlihatkan kepada kita bahawa faktor kemenangan ialah calon yang bertanding berbanding parti yang diwakilinya.
Bukanlah tujuan saya ingin menulis mengenai sejarah politik Sabah tetapi apa yang saya ingin sentuh ialah isu pokok mengenai penyingkiran DSSA daripada Kabinet.
Penyingkiran DSSA dilihat kurang mendapat liputan media tetapi sebenarnya ia sangat memberi kesan kepada rakyat Sabah khususnya rumpun Melayu dan Islam di sana.
Bagi rakyat Sabah yang kebanyakannya masih hidup di bawah garis kemiskinan, Umno dan Barisan Nasional cukup diyakini mampu mengubah nasib dan kehidupan mereka.
Selepas disingkirkan daripada Kabinet, DSSA dan Umno Semporna membatalkan jemputan Najib daripada merasmikan mesyuarat Umno bahagian itu pada 15 Ogos ini.
Ini satu isyarat jelas bertapa suara akar umbi Umno Semporna berdiri teguh di belakang pemimpin mereka yang selama ini berada di dalam kerajaan mewakili suara mereka.
Melihatkan kepada senario ini, Najib seharusnya menilai semula langkah yang diambil bagi menggarap kembali sokongan yang semakin terhakis ditambah dengan isu yang melanda ketika ini.
Bagi rakyat Sabah, seharusnya perlu lebih terbuka tidak hanya melihat penyingkiran DSSA sebagai dugaan besar yang bakal menamatkan segalanya tetapi sebaliknya perlu faham bahawa survival politik Sabah lebih luas daripada itu.
Fahamilah bahawa di sebalik isu politik yang melanda, pembinaan dan kefahaman terhadap jati diri Melayu dan Islam lebih perlu dititikberatkan kerana ia adalah benteng paling ampuh menghadapi apa jua isu dan cabaran mendatang.
Yudi Kurniawan
Pembaca Ismaweb
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana mahupun Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Hariz Mohd Diterbitkan 27 Ogs 2018, 5:56 petang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata peristiwa "mata lebam" Dat...
-
agendaily.com 24/2/2022 Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan, kata Jamil Khir OLEH DIYANA IBRAHIM November 07, 2013 Latest Update: November 07, 2013 04:19...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Wak tak heran kalau kerajaan BN yang di pimpin UMNO semakin ditolak oleh kaum cine. Sebenarnye parti2 komponen dalam BN seperti MCA dan P G...
-
agendaily.com 05/07/2023 Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Zahid Hamidi. Penghinaan terhadap penjawat ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.