August 6, 2015 Berita Utama
KUALA LUMPUR, Khamis – Selepas menunggu selama 515 hari, misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, terungkai setelah pakar mengesahkan serpihan ditemui di Pulau Reunion, Perancis, adalah milik MH370.
Pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra kira-kira jam 1.45 pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan hasil siasatan pakar penerbangan bahawa ‘flaperon’ yang ditemui itu adalah milik pesawat MH370.
“Hari ini selepas 515 hari pesawat itu hilang, dengan berat hati saya harus mengumumkan yang sepasukan pakar antarabangsa telah mengesahkan dengan pasti bahawa serpihan pesawat ditemui di Pulau Reunion adalah daripada pesawat MH370,” katanya.
Beliau berkata, bukti fizikal sebagaimana diumumkan pada 24 Mac tahun lalu menunjukkan bahawa penerbangan MH370 berakhir dengan tragis di selatan Lautan Hindi.
Sebelum ini, flaperon sepanjang kira-kira 2 meter itu yang dijumpai pada 29 Julai lalu diterbangkan ke Toulouse, Perancis untuk siasatan.
Penemuan itu sekali gus mencetus spekulasi bahawa ia mungkin daripada pesawat MH370, yang hilang bersama 239 penumpang pada 8 Mac 2014 lalu.
Pada flaperon itu tercatat nombor 657-BB nombor sama seperti di dalam buku manual penyelenggaraan pesawat Boeing 777.
Setakat ini, hanya satu pesawat Boeing 777 dilaporkan terhempas di Hemisfera Selatan iaitu MH370.
Bolehkan serpihan seperti itu bergerak sehingga ke timur Afrika?
Ahli Geologi Marin Universiti James Cook di Australia, Robin Beaman, tidak menolak kemungkinan objek besar mampu bergerak dalam jarak dan lingkungan yang luas di seluruh Lautan Hindi.
Katanya, tahun lalu seorang lelaki kehilangan sebuah bot di perairan barat Australia selepas terbalik ketika laut bergelora.
“Lapan bulan kemudian, bot itu muncul di perairan Pulau Mayotte di Perancis, barat Madagascar kira-kira 7,400 kilometer dari tempat ianya dilaporkan hilang.
“Saya tidak fikir kita perlu menolak andaian bahawa serpihan yang ditemui di Le Reunion adalah milik pesawat MH370,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.