FMT Reporters | August 18, 2015
Penghinaan bukan petanda seseorang akan dibenci pada masa hadapan dan mempunyai masa depan yang gelap dalam kancah politik negara.
PETALING JAYA: Blog pro UMNO mempertahankan Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) , Datuk Ahmad Maslan yang di ‘boo’ oleh Perwakilan UMNO Bahagian Pontian, pada Sabtu lalu.
MYKMU.net menyatakan, dalam sejarah UMNO, telah membuktikan perkara sebaliknya berlaku kerana ia pernah terjadi kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
“Ingatkah lagi kita dalam pemilihan 2009 bila Ketua Pemuda UMNO sekarang bukan setakat di ‘boo’ tapi digelar sebagai perasuah oleh perwakilan di PWTC.
“Terjerit-jerit orang dalam dewan menghinakan dia. Ada video dan sebagainya kalau datang pulak lembu mana menafikan perkara itu pernah berlaku,” tulis blog itu di ruangan kolumnis.
Tambah blog itu lagi, kini setelah dua penggal Khairy Jamaluddin menjadi Ketua Pemuda UMNO, rakyat sudah melupakan cerita mengenai beliau diboo dan dituduh menerima rasuah.
Malah, Khairy kini kelihatan lebih kuat dan sokongan terhadap beliau juga semakin meningkat. Malah, barisan Exco yang ada hari ini lebih sanggup ke depan mempertahankan Khairy dari mempertahankan Presiden UMNO.
“Jadi, kena boo atau tidak itu bukan isu kepada Ahmad Maslan bila bercakap dalam konteks UMNO hari ini. Budak-budak kalau nak mengatakan itu petanda Ahmad Maslan dibenci dan gerakan nak menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak ini sedang menguat, balik belajar buku sejarah lagi,” tulis blog itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.