Mohamad Fadli | September 8, 2015
Malaysia berjaya melahirkan seorang srikandi baru dari pulau lagenda Mahsuri, Langkawi, yang punya keberanian sehingga sanggup hilang kedudukan dalam parti pemerintah.
PETALING JAYA: Keberanian bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadap Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat pujian ahli politik.
Terbaharu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tampil mengeluarkan kenyataan yang memuji keberanian Anina umpama darah Mahsuri mengalir dalam tubuhnya.
“Tahniah Ainina atas keberanian bertutur benar kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia.
“Selepas 58 tahun merdeka, Malaysia berjaya melahirkan seorang srikandi baru dari pulau lagenda Mahsuri, Langkawi, yang punya keberanian sehingga sanggup hilang kedudukan daripada parti pemerintah.
“Rakyat Malaysia khususnya penduduk negeri Kedah yang berpayung Dibawah Duli Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah berbangga memiliki wanita seperti anda yang menjadi Srikandi,” katanya.
Katanya, tindakan UMNO memecat Anina menunjukkan penyalahgunaan kuasa Perlembagaan parti demi melindungi Presiden UMNO.
“Pemecatan keahlian UMNO Anina hanya kerana menyaman Najib ke mahkamah untuk meminta Perdana Menteri menjelaskan kedudukan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaunnya.
“Inilah dia rupa Perlembagaan parti yang tidak demokratik sehingga ahli parti tidak dapat membersihkan parti dari salah guna kuasa yang merosakkan dan menghakiskan kepercayaan rakyat pada parti Umno,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.