Bilangan kematian itu belum disahkan sepenuhnya dengan kemungkinan jumlah dijangka akan terus meningkat.
Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.
Bilangan yang cedera pula melebihi 35 orang.
Tiupan angin yang kuat dipercayai menjadi punca tumbangnya kren berkenaan.
Seramai empat jemaah haji Malaysia pula dipercayai cedera dalam kejadian itu.
Gambaran sebenar kejadian masih belum jelas tetapi imej yang tersebar melalui media sosial memperlihatkan sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung masjid berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.