Saturday, September 12, 2015

Tak sudah-sudah orang tua ni merepek......... semakin banyak dia bercakap, semakin ramai dah meluat

Dr M: Najib tak nafikan apa-apa kes Altantuya

SUARAKAMI 01:42 BLOGGER

Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyanggah penjelasan Datuk Seri Najib Razak berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Menulis di blog semalam, katanya, perdana menteri tidak membuat sebarang penafian dalam kes pembunuhan berkenaan kecuali menyatakan kes tersebut sudah lama berlaku.

Dalam catatan terbarunya hari ini, Dr Mahathir berkata Najib tidak membuat sebarang penafian dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Selain daripada mengatakan kes Altantuya sudah lama, dia (Najib) tidak menafikan apa-apa,” katanya.

Menurut bekas perdana menteri itu, isu pembunuhan Altantuya (kiri) masih perlu dibincangkan kerana hukuman mati ke atas dua bekas anggota polis yang dituduh dalam kes berkenaan perlu dijalankan ketika ini.

“Dua tertuduh itu dibebaskan sebelum ini.

“Pembebasan mereka bermakna kes berkenaan selesai. Tetapi kini mereka akan digantung. Memang jelas mereka bertindak atas arahan. Menggantung mereka akan menyebabkan keadilan dipersenda,” tulis Dr Mahathir.

Komen Dr Mahathir itu dibuat sebagai reaksi kepada ‘penjelasan’ Najib dalam blognya kelmarin.

Tak adil minta siasat lagi

Dalam posnya, Najib mempertikaikan mengapa ada “individu berpengaruh dengan sumber yang banyak” mengaitkannya dengan kes Altantuya.

“Jika mereka percaya (berhubung dakwaan penglibatan Najib) adalah benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya apabila isu itu meletus lapan tahun lalu? Kenapa sekarang?” katanya.

Najib juga berkata, “tidak adil” untuk sesiapa meminta kerajaan menyiasat semula kes berkenaan bagi mencari pihak yang mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia berkenaan kerana proses perundangan sudah pun berakhir.
Kedua-dua mereka didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tetapi dibebaskan hakim Mahkamah Rayuan.

Namun Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menerima rayuan pendakwa dan mensabitkan Azilah dan Sirul atas kesalahan berkenaan. Namun motif pembunuhan itu tidak diketahui hingga kini.

Sebelum penghakiman dibuat, Sirul melarikan diri ke Australia dan kihni ditahan di pusat tahanan imigresen negara berkenaan.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Sirul berkata, dia bertindak atas arahan dan mendakwa pihak yang mempunyai motif membunuh Altantuya masih bebas sehingga kini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri semalam mengesahkan polis sedang menyiasat dakwaan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-