Sunday, October 4, 2015

Siapa yang bercakap tidak benar, Pas atau Dap.......?

Guan Eng: Bantuan tak kurang sekupang pun

KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
4 OKTOBER 2015

Guan Eng (tiga, kanan) bersama barisan kepimpinan Parti Amanah Negara Negeri Sembilan, hari ini.

SEREMBAN - ­ DAP menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menarik balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli Pas, adalah fitnah semata­mata.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sebaliknya berkata, pemimpin terbabit membuat tohmahan sedemikian hanya disebabkan DAP yang dahulunya rakan seperjuangan dalam politik, kini sudah tidak sehaluan dengan parti berkenaan.

"Dulu kita punya kawan, tapi sekarang sudah jadi lawan. Jadi, mereka buat tuduhan dan fitnah yang kita telah hentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat di Pulau Pinang.

"Itu tidak betul. Kita beri wang (bantuan), malah tidak pernah pun kurangkan (jumlahnya)," katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke­17 di Dewan City Kingdom Hotel, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu sekolah agama: Hanya bantuan, bukan geran‎]

[ARTIKEL BERKAITAN: Henti bantuan sekolah agama, Pas mahu DAP jawab]

Turut hadir, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri turut menaikkan jumlah pemberian bantuan daripada RM1.5 juta kepada RM1.75 juta, tahun ini.

"Tidak pernah kurang walau satu kupang (10 sen) pun. Dalam hal ini, kita perlu terangkan apa yang sebenarnya berlaku.

"Saya sendiri jadi sasaran sekarang, kononnya makan daging anjing. Kalau orang tanya (selepas ini), kena jawab. Ini semua biasalah, fitnah belaka," katanya.

Sementara itu, Anthony dalam ucapannya pula memberitahu, pelancaran Pakatan Harapan peringkat Negeri Sembilan bakal diadakan pada penghujung bulan ini.

"Tugas DAP bukan saja mempertahankan semua kerusi dimenangi pada PRU13, tapi juga memikul tanggungjawab membantu PKR dan Amanah untuk menewaskan Umno di negeri ini.

"Kami ingin menegaskan, DAP tidak pernah sesekali memusuhi atau hendak menentang orang Melayu. Sebaliknya, kami hanya melawan Umno," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-