Monday, October 5, 2015

Tun M diingat jangan campuri urusan Umno

NIZAM ZAIN
KEPONG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak mencampuri urusan Umno khususnya ketika berdepan dengan konflik dalaman parti Melayu itu.

Demikian amaran yang dilontarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sambil menegaskan pimpinan Najib mampu menyelesaikan kemelut dalaman parti itu tanpa campur tangan pihak luar.

“Tun M sudah habis (kuasa), sudah-sudah la, biar kita dalam Umno selesaikan masalah kita, kita tahu macam mana nak selesaikan masalah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka dan berterusan Dr Mahathir terhadap kepimpinan Najib sambil mengaitkan ahli Parlimen Pekan itu sebagai punca sebenar kejatuhan nilai mata wang negara yang mencecah RM4.46 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Tengku Adnan juga mengingatkan ahli Umno supaya tidak menerima sepenuhnya dakwaan pelbagai pihak termasuk Dr Mahathir sambil menyifatkannya sebagai fitnah.

"Majlis Presiden telah bersetuju supaya Timbalan Perdana Menteri turun ke setiap negeri, beri penjelasan kepada ahli Umno dulu, di empat peringkat, apa yang sebenarnya berlaku, jangan dengar saja.

"Kerana fitnah yang berlaku (semudah) pakai tangan saja, fitnah semua," ujarnya.

Sementara itu, tindakan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka yang mengadakan perjumpaan tertutup dengan menjemput Dr Mahathir tidak melemahkan kepimpinan Najib.

"Bila keadaan itu berlaku, orang ingat nak mengeruhkan situasi, macam Tun Dr Mahathir cakap, barangkali Tun Dr Ling Liong Sik ingat ia akan melemahkan Datuk Seri Najib.

"Pada pandangan saya tidak, saya fikir (sebaliknya) ia akan menguatkan, kerana kita tidak mahu orang luar campur tangan," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-