Kuala Lumpur – Warga Myanmar, Nepal, Indonesia, Filipina dan Bangladesh telah “menjajah” beberapa kawasan di ibu negara Kuala Lumpur termasuk di Sentul, Cheras, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.
Jalan Tun Tan Siew Sin yang lebih dikenali dengan nama lamanya Jalan Silang di tengah-tengah bandar raya ini misalnya, sudah sinonim dengan kehadiran warganegara asing yang menjadikannya seperti negara mereka sendiri.
Ketika meninjau kawasan terbabit selama seminggu, wartawan Bernama berasa seolah-olah berada di sebuah negara lain, dengan warga asing, terutama Bangladesh, mengisi setiap pelosok menjalankan pelbagai jenis perniagaan.
Mereka menguasai kedai runcit, restoran dan kedai menjual pakaian dan langsung tidak kelihatan kekok malah sempat memberikan pandangan tidak selesa sewaktu kami melintasi premis mereka ibarat kami pula warga asing.
Kebanyakan papan iklan menggunakan bahasa asing dan ini membuatkan kami tertanya adakah ini Malaysia atau Bangladesh atau Nepal?
“Masyarakat di kawasan ini menggelarkannya ‘Kota Bangla’ kerana jumlah warga asing itu terlampau ramai,” kata seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Along.
Beliau berkata sepanjang 10 tahun beliau berniaga di situ, sangat sukar untuk melihat kelibat warga tempatan. Majoriti terdiri dari lelaki warga asing.
“Mungkin disebabkan bilangan mereka yang sangat ramai dan suka berada dalam kumpulan membuatkan warga tempatan takut untuk berada di kawasan ini lebih-lebih lagi kaum perempuan,” katanya.
Seorang penjaja tempatan, dikenali sebagai Miss Lim, berkata beliau sudah lali dengan pemandangan ratusan warga asing di hadapan kedai miliknya di Jalan Silang.
Miss Lim, yang telah menjalankan perniagaan fabrik hampir 30 tahun di situ, sudah sebati dengan bau sirih dan kapur di persekitaran itu.
“Saya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh dibenarkan berniaga di sini sedangkan kami warga tempatan wajib memiliki lesen perniagaan.
“Jika diperhatikan, kebanyakan barang yang dijual adalah produk dari negara mereka sendiri dan bagaimana mereka boleh membawa masuk produk berkenaan,” katanya.
Menurutnya, kebanjiran peniaga warga asing di sini seolah-olah membuatkan peniaga tempatan merempat di negara sendiri.
Tinjauan kami turut menemui bahan-bahan bacaan dari negara mereka dengan tulisan ibunda yang dijual secara bersembunyi.
Bahan-bahan bacaan dipercayai dijual secara haram di kedai yang beroperasi di lorong-lorong sempit, lapor Bernama.
Read more http://www.kualalumpurpost.net/kuala-lumpur-dijajah-warga-asing/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.