Showing posts with label bangladesh. Show all posts
Showing posts with label bangladesh. Show all posts

Wednesday, March 20, 2024

Lelaki maut ditikam kerana minum air oren rakan ketika buka puasa

hmetro.com.my
Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my
Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut ditikam rakan sekerja ketika sedang berbuka puasa dalam kejadian di hostel pekerja sebuah kilang di Seksyen 36 dekat sini, semalam. Ihsan Polis

Shah Alam: Seorang lelaki Bangladesh maut ditikam rakan sekerja ketika berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.20 malam.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek iaitu seorang lelaki Pakistan berusia 51 tahun berang apabila mangsa meminum air orennya ketika berbuka puasa.

"Hasil siasatan polis mendapati mangsa adalah seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 49 tahun dan bekerja sebagai pekerja am. Mangsa dan suspek tinggal bersama-sama di dalam kontena yang dijadikan sebagai asrama kilang.

"Kejadian berpunca daripada suspek marah apabila mangsa meminum air orennya semasa berbuka puasa yang mana suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil daripada dapur," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian ditahan pada 7.30 malam di lokasi kejadian dan semakan mendapati mereka adalah rakan sekerja.

Katanya, turut dirampas adalah pisau yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau pemenjaraan bagi satu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Asistan Superintendan Md Anuar Md Amilah @ Harun di talian 019-2255597," katanya.

Disiarkan pada: Mac 20, 2024

Wednesday, May 30, 2018

Kaji semula pengambilan pekerja Bangladesh

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
30 MEI 2018


GEORGETOWN – Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM) mengharapkan Menteri Dalam Negeri yang baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperbetulkan beberapa dasar yang diperkenalkan sebelum ini.

Presidennya, Leftenan Kolonel (H) Che Hassan Che Johan berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian serius adalah pengambilan pekerja asing terutama dari Bangladesh.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Muhyiddin atas pelantikan sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu serta kemenangan Pakatan Harapan yang cemerlang dalam PRU14.

“Dengan pelantikan ini, saya doakan semoga penyusunan semula segala dasar dapat diperbetulkan demi kepentingan rakyat di negara ini,” katanya.

Menurutnya, kebanyakannya dasar yang diperkenalkan pada sebelum ini lebih mengutamakan pengambilan pekerja asing.

“Kami juga harap perhatian dapat diberikan dengan lebih lagi kepada kakitangan Imigresen yang masih berkhidmat.

“Semoga mereka tidak terasa seperti dianaktirikan seperti sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) mahu kerajaan menyelesaikan masalah pekerja asing tanpa izin sedia ada sebelum membawa pekerja Bangladesh ke negara ini.

FMM dalam satu kenyataan pada Februari 2016 berkata, ia bagi mengelakkan kemasukan sejumlah besar pekerja asing dari Bangladesh menambah masalah pekerja tanpa izin di Malaysia.

Sehubungan itu, FMM mencadangkan agar proses pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh dapat dibuat secara telus dan efisien.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia, termasuk dari Bangladesh.

Beliau turut menggalakkan majikan lebih mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing.

Friday, November 18, 2016

Etnik Rohingya lari ke sempadan Bangladesh

AGENSI - SEORANG wanita mendukung bayinya di sebuah kem di Bangladesh.
SITTWE, Myanmar – Beratus-ratus etnik Islam Rohingya di barat Myanmar terpaksa melarikan diri ke Bangladesh untuk mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar apabila angka kematian kini telah mencecah kepada 130 orang.

Sejumlah etnik itu ditembak mati ketika mereka cuba menyeberangi sungai Naaf yang memisahkan antara Myanmar dan Bangladesh.

Sebilangan daripada mereka yang tiba dengan menggunakan bot pula diusir oleh pengawal sempadan Bangladesh mengakibatkan mereka terkandas di laut.

Pertumpahan darah di negeri Rakhine dikatakan paling serius selepas beratus-ratus orang terbunuh dalam pergaduhan etnik sejak tahun 2012.

Keadaan yang semakin tegang itu mendedahkan kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi yang berusia tujuh bulan lalu untuk memantau tindakan kejam tentera.

Pihak tentera dilihat semakin ramai di sepanjang kawasan Myanmar dan Bangladesh apabila mereka berbalas serangan dengan pemberontak di tiga pos sempadan pada 9 Oktober lalu menyebabkan sembilan anggota polis terbunuh.

Malah, mereka turut menutup daerah yang didiami penduduk Rohingya selain menghalang petugas bantuan dan pemerhati bebas daripada memasuki kawasan ber­kenaan.

Pasukan tentera dikatakan telah mempergiatkan operasi sejak tujuh hari lalu dan turut menggunakan helikopter untuk menggempur beberapa perkampungan Rohingya.

Pihak berkuasa di Bangladesh menganggarkan sekurang-kurangnya 5,000 Rohingya melarikan diri dari Myanmar sejak serangan Oktober lalu.

Pelarian berkenaan kini menetap di empat kem Rohingya di sempadan Bangladesh, namun pada Selasa lalu, pengawal sempadan menghalau sekumpulan besar etnik berkenaan daripada menyeberangi sungai Naaf.

“Kira-kira 80 etnik Rohingya termasuk 40 wanita dan 25 kanak-kanak telah dihalau oleh Pengawal Sempadan Bangladesh daripada pos sempadan Teknaf.

“Kesemua daripada mereka cuba memasuki Bangladesh dengan menggunakan dua bot laju,” kata pegawai pemerintah tentera di Cox’s Bazar, timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.

Sementara itu, Ketua Polis Maungdaw, Kyaw Mya Win mendakwa, mereka melarikan diri kerana gagal menyerang pihak tentera.

“Penduduk kini menjadi pembe­rontak termasuk wanita di kawasan perkampungan berkenaan,” katanya.

Friday, February 19, 2016

Bole caye ke agaknye cakap die ni........?


TPM umum penangguhan pengambilan pekerja asing

Bernama Hari ini, 1:57 petang Hari ini, 2:01 petang
Kerajaan hari ini mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penangguhan itu juga bagi membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori.

Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada program penggajian semula di samping meningkatkan penguatkuasaan supaya tidak ada pekerja asing baharu dibawa masuk ke dalam negara.

"Pekerja asing yang tidak ada dokumen atau tinggal lebih dari tempoh dibenarkan, mereka akan ditangkap (dan) dihantar pulang ke negara asal," katanya semasa mengumumkan perkara itu pada majlis ramah mesra bersama anggota tentera di Kem Muara Tuang, di Kota Samarahan hari ini.

Menurutnya selaras dengan hasrat itu, tindakan penguatkuasaan akan ditingkatkan secara besar-besaran dalam negara.

Ahmad Zahid berkata adalah diharapkan rakyat khususnya kumpulan belia akan menyahut seruan kerajaan untuk mengambil alih tempat pekerja asing dan menjadi sumber tenaga kerja utama negara untuk melengkapkan pembangunan ekonomi negara.

"Penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar sebagaimana yang dikehendaki pihak industri," katanya.

Lebih 1,000 anggota tentera menghadiri program ramah mesra itu, yang merupakan program pertama Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak bermula hari ini.

Esok, Timbalan Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis bersempena sambutan Hari Penjara di Padang Merdeka, Kuching, sebelum mengakhiri lawatan.

- Bernama

Sunday, February 14, 2016

Rakyat pula dipersalahkan kerana kemasukkan warga Bangla..........?

Wak setuju juga dengan cadangan kerajaan membawa masuk 1.5 juta warga Bangla ke Malaysia secara berperingkat-peringkat. Kita juga tidak patut menyalahkan kerajaan kerana terpaksa membawa masuk rakyat Bangla ni ke Malaysia.

Merujuk kepada alasan TPM, kerajaan terpaksa memenuhi kehendak majikan-majikan yang memerlukan pekerja-pekerja di bidang perladangan dan pembenaan. Kunun kata TPM bahawa rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam bidang itu.

Mungkin juga perkara ini ada kebenaran nya, kerana boleh pir semua remaja-remaja di Malaysia ini berpelajaran dan berpendidikan 'tinggi' juga. Mungkin juga mereka tidak sanggup memperhambakan diri jadi kuli di ladang-ladang dan di sektor pembenaan dengan berkelulusan tinggi itu.

Dengan alasan-alasan seperti itu Wak sangat setuju kerajaan membawa masuk buruh-buruh dari Bangladesh seberapa banyak yang diperlukan oleh sektor pembenaan dan perladangan.

Akan tetapi kita jangan lupa bahawa bukan semua rakyat Bangla yang dibawa masuk itu sanggup bekerja di ladang dan disektor pembenaan. Mungkin juga pada perjanjian asalnya mereka bersetuju, akan tetapi tiada siapa yang boleh menjamin akuan mereka itu dipatuhi.

Sekarang kita sudah lihat banyak bukti bahawa warga Bangla ini tidak berminat langsung untuk bekerja di ladang-ladang atau di sektor pembenaan, kalau adapun bilangannya terlalu kecil jika dibandingkan dengan ramainya warga Bangla yang sedang berada di negara ini.


Tuesday, January 5, 2016

Kuala Lumpur dijajah warga asing?

Kuala Lumpur – Warga Myanmar, Nepal, Indonesia, Filipina dan Bangladesh telah “menjajah” beberapa kawasan di ibu negara Kuala Lumpur termasuk di Sentul, Cheras, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Jalan Tun Tan Siew Sin yang lebih dikenali dengan nama lamanya Jalan Silang di tengah-tengah bandar raya ini misalnya, sudah sinonim dengan kehadiran warganegara asing yang menjadikannya seperti negara mereka sendiri.

Ketika meninjau kawasan terbabit selama seminggu, wartawan Bernama berasa seolah-olah berada di sebuah negara lain, dengan warga asing, terutama Bangladesh, mengisi setiap pelosok menjalankan pelbagai jenis perniagaan.

Mereka menguasai kedai runcit, restoran dan kedai menjual pakaian dan langsung tidak kelihatan kekok malah sempat memberikan pandangan tidak selesa sewaktu kami melintasi premis mereka ibarat kami pula warga asing.

Kebanyakan papan iklan menggunakan bahasa asing dan ini membuatkan kami tertanya adakah ini Malaysia atau Bangladesh atau Nepal?

“Masyarakat di kawasan ini menggelarkannya ‘Kota Bangla’ kerana jumlah warga asing itu terlampau ramai,” kata seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Along.

Beliau berkata sepanjang 10 tahun beliau berniaga di situ, sangat sukar untuk melihat kelibat warga tempatan. Majoriti terdiri dari lelaki warga asing.

“Mungkin disebabkan bilangan mereka yang sangat ramai dan suka berada dalam kumpulan membuatkan warga tempatan takut untuk berada di kawasan ini lebih-lebih lagi kaum perempuan,” katanya.

Seorang penjaja tempatan, dikenali sebagai Miss Lim, berkata beliau sudah lali dengan pemandangan ratusan warga asing di hadapan kedai miliknya di Jalan Silang.

Miss Lim, yang telah menjalankan perniagaan fabrik hampir 30 tahun di situ, sudah sebati dengan bau sirih dan kapur di persekitaran itu.

“Saya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh dibenarkan berniaga di sini sedangkan kami warga tempatan wajib memiliki lesen perniagaan.

“Jika diperhatikan, kebanyakan barang yang dijual adalah produk dari negara mereka sendiri dan bagaimana mereka boleh membawa masuk produk berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kebanjiran peniaga warga asing di sini seolah-olah membuatkan peniaga tempatan merempat di negara sendiri.

Tinjauan kami turut menemui bahan-bahan bacaan dari negara mereka dengan tulisan ibunda yang dijual secara bersembunyi.

Bahan-bahan bacaan dipercayai dijual secara haram di kedai yang beroperasi di lorong-lorong sempit, lapor Bernama.

Read more http://www.kualalumpurpost.net/kuala-lumpur-dijajah-warga-asing/

Tuesday, August 11, 2015

Satu lagi 'bomb' Umno akan meletup........?

Adik Zahid bincang sistem urus 1.5j pekerja Bangladesh
Sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.

Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid - Abdul Hakim Hamidi - adalah pengerusi eksekutifnya, mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia.

Zahid juga adalah menteri dalam negeri, dan kelulusan bagi pekerja asing ke Malaysia adalah di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Sistem dalam talian Real Time - yang dikenali sebagai Workforce Management & Networking System (Workman) - adalah sama seperti yang disediakan oleh Bestinet, firma yang dimiliki oleh bekas menteri dalam negeri, Datuk Azmi Khalid.

Perjanjian Bestinet dengan kerajaan digantung pada awal tahun ini selepas bantahan agensi pekerjaan di negara penghantar, terhadap bayaran perkhidmatan yang tinggi.

Ketika dihubungi, Hakim mengesahkan perkara itu tetapi menekankan bahawa ia bukan satu kontrak kerajaan.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah dengan kerjasama Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira).
"Kami mempunyai model sistem di mana kita akan mendapat bayaran untuk satu pakej (perkhidmatan) dan kita boleh menghantar orang (dari Bangladesh) untuk 60,000 taka Bangladesh (RM3,000), termasuk tiket penerbangan.

"Ini bukan kontrak kerajaan. Ya, kerajaan mereka perlu meluluskannya kerana ia melibatkan rakyat tetapi mereka hanya memantau," kata Hakim.

Jika diluluskan, agensi-agensi seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Manusia akan dihubungkan dengan sistem Real Time dan semua agen pekerjaan mesti melalui Real Time untuk menghantar pekerja ke Malaysia.

Beliau juga menafikan dakwaan berlaku nepotisme, dengan alasan bahawa beliau berpengalaman dalam bidang tersebut.

"Abang saya seorang menteri tetapi saya seorang ahli perniagaan. Ini sebuah negara demokratik dan saya boleh buat apa-apa pun, selain daripada menjadi pengedar dadah," katanya kepada Malaysiakini.

"Rakyat Malaysia sangat sukar. Mereka kata jika abang saya seorang menteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka mahu kami semua jadi penganggur," kata beliau yang kini berada di Dhaka.

http://www.malaysiakini.com/news/308117

Thursday, July 9, 2015

Mengapa cari masalah dengan tambah 1.5 juta pekerja Bangladesh?

oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Idea kerajaan untuk “mengimport” 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh bukan sahaja tidak dipersetujui pembangkang, malah seorang veteran Umno.

Bekas menteri penerangan Dr Rais Yatim baru-baru ini menulis rencana di akhbar Berita Harian tentang “bahaya” membawa sebegitu ramai orang asing ke dalam negara.

Rais yang kini menjadi penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan berpandangan, langkah itu akan memberi kesan buruk kepada negara.

“Ia akan mencetuskan risiko sosio-budaya, serta cabaran kepada keselamatan dan ekonomi kita.

“Kebanjiran orang asing ke dalam negara juga akan mengancam fabrik kebudayaan Melayu,” katanya.

Katanya, orang asing, terutama warga Bangladesh, sangat bagus dalam menyesuaikan diri ke dalam suasana masyarakat kita selepas tinggal di sini untuk beberapa tahun.

“Mereka juga telah mula berkahwin dengan wanita Melayu, mewujudkan kaum Mangla,” katanya berseloroh.

Rais berkata bahawa orang asing sudah mula menembusi setiap perniagaan tempatan – dengan tukang gunting rambut warga India, kontraktor warga Indonesia dan Bangladesh, serta wanita China dalam perdagangan maksiat.

Katanya, kejatuhan empayar Rom yang bertamadun di tangan “orang gasar” yang tidak rinci dengan keadaan kerja mereka, dan berusaha keras sehingga cukup kuat untuk menumbangkan orang Rom.

Rais juga menghentam “sistem pengambilan pekerja asing yang rumit”, yang membolehkan orang tengah dan sindiket mengaut untung jutaan ringgit dalam pemerdagangan manusia.

“Kerajaan juga tidak memberikan latihan bagi melengkapkan orang tempatan dengan kemahiran yang diperlukan yang akan mengurangkan kebergantungan kita terhadap orang asing,” katanya lagi.
Berhubung pendedahan baru-baru ini bahawa ada sejumlah tujuh juta pekerja asing dalam negara (dan hanya 2.2 juta yang diambil mengikut undang-undang), Rais menyifatkan angka itu sebagai merisaukan. Malah, katanya lagi, angka itu hanyalah anggaran dan tidak tepat sepenuhnya, memandangkan maklumat pekerja asing tidak pernah didedahkan kepada umum.

“Persoalannya sekarang, adakah kita perlu tambahan 1.5 juta lagi pekerja asing? Apakah jenis kemudahan yang perlu dikongsi rakyat Malaysia dengan pekerja ini, seperti sekolah, pengangkutan awam, makanan, tempat tinggal dan sebagainya?

“Adakah belia tempatan kita akan hilang peluang mendapat tempat di sekolah vokasional memandangkan kerajaan boleh mendapat buruh asing yang lebih murah?” soalnya.

Jika tidak ditangani, katanya lagi, akan tiba saat di mana terlalu ramai warga asing di Malaysia, dan kerajaan tidak dapat menghantar mereka pulang.

Apabila ia berlaku, keadaan akan sama seperti proses natural “kehidupan ‘Willow India’ (sejenis tumbuhan parasit), dan pokok tempatnya tumbuh akan dihisap sehingga kering dan mati.”

Rais menyeru kerajaan agar bertindak pantas untuk membanteras ancaman warga asing membanjiri tanah Malaysia, dan menekankan agar orang tempatan dilatih dengan kemahiran penting bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing.

“Pihak penguatkuasaan perlu bekerja sepenuh masa dalam memastikan warga asing yang sah atau tidak. Pendatang haram perlu dihantar pulang ke negara mereka.

“Menambah 1.5 juta lagi kepada berjuta yan sudah ada di sini hanya mengundang masalah,” katanya.

Benar. Pengumuman menteri dalam negeri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini tentang membawa masuk 1.5 juta warga asing menimbulkan banyak kejutan dan penentangan.

Sehingga ramai yang bertanya, mengapa kerajaan mahu menambah masalah ketika kita sudah pun pening kepala mengawai warga asing yang sedia ada di sini.

Jika mereka dibawa masuk, mekanisme apakah yang akan diguna kerajaan bagi menjamin warga asing ini hanya tinggal dalam tempoh masa yang ditetapkan, dan tidak hilang ketika kontrak hampir tamat dan menjadi pendatang haram?

Namun di sebalik apa sahaja yang disuarakan penentang, langkah ini seolah-olah absah bagi kerajaan.

Memang bagus untuk melihat seorang tokoh veteran Umno menyuarakan kelemahan cadangan kerjaan.

Persoalannya, adakah ia akan mengubah apa-apa?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Mengapa-cari-masalah-dengan-tambah-1-5juta-pekerja-Bangladesh#sthash.qSgKrs5z.dpuf

Friday, December 5, 2014

Yang pasti mengundang lebih banyak Bangla membanjiri Malaysia yang sudah banjir dengan Bangla.........

perdana menteri bangladesh, Hasina jumpa jibby
( ini cuma troll)

Jibby: Kalau tak ada pekerja bangla, tak kan siap kerja construction kat sini
Hasina: Ye, saya tau org Malaysia tak nak buat kerja ni.
Jibby : Boleh minta ramai lagi tak datang?
Hasina: Kenapa?
Jibby : PRU 14 dah nak dekat....
Hasina: Oh, ok ok..

Tuesday, November 11, 2014

Haramjadah!, senang-senang aje mereka menjajah negara kita ni........

Malaysia kini boleh ditukar nama kepada Banglasia.....

Beginalah keadaan negara kita hari ini, dilimpahi oleh pendatang2 asing terutama nya dari Indonesia, Pilipina, Bangadesh dan lain2 negara yang berhampiran.

Kedatangan mereka ni se olah2 direstui oleh pemerintah, ianya nampak tidak ada titik tanda langsung akan berkurang malahan ianya semakin ber tambah2 ramai lagi setiap hari.






ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-