Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Thursday, February 27, 2025

Mahathir kagum dengan keterjaminan makanan di Indonesia

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 27, 2025
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang melawat bekas presiden Indonesia Joko Widodo menyatakan kekaguman dengan keterjaminan makanan negara republik itu.

Dr Mahathir berkata, Indonesia berjaya mengekalkan bekalan makanan yang stabil meskipun penduduknya hampir 300 juta orang.

Katanya, pada pertemuan itu perbincangan tertumpu kepada pembangunan Malaysia dan Indonesia.

"Dalam pertemuan saya dengan Presiden Jokowi, perbincangan kami tertumpu kepada pembangunan Malaysia dan Indonesia.

"Saya juga kagum dengan keupayaan Indonesia dalam mengekalkan bekalan makanan yang stabil, meskipun jumlah penduduknya hampir 300 juta orang.

"Saya harap kerjasama antara kedua-dua negara dapat diperkukuhkan, terutamanya dalam bidang perdagangan," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, media tempatan Indonesia melaporkan bekas perdana menteri dua kali itu mengadakan kunjungan ke kediaman peribadi Jokowi di Banjarsari, Solo, Indonesia.

Kehadiran Dr Mahathir disertai anak perempuannya Marina dan rombongan pegawainya dari Malaysia.

Jokowi dilihat menjemput rombongan Dr Mahathir di Bandara Adi Soemarmo, Solo sekitar jam 11 pagi waktu tempatan sebelum menuju ke kediamannya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata banyak produk dari Indonesia boleh diimport ke Malaysia tanpa perlu bergantung kepada negara sumber.
"Banyak produk dari Indonesia boleh diimport ke Malaysia, dan sebaliknya, daripada bergantung kepada bekalan dari negara lain.

"Saya ucapkan terima kasih kepada keluarga bapak Joko Widodo atas layanan mesra kepada saya serta delegasi saya," katanya lagi.

Friday, January 31, 2025

Kes tembak: Penunjuk perasaan baling telur di kedutaan M'sia di Jakarta

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 31, 2025 10:46 AM
Penunjuk perasaan membaling telur di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam ketika protes terhadap kejadian tembak pada 24 Jan melibatkan lima warga Indonesia di Selangor, yang menyaksikan seorang daripada mereka terbunuh.

Menurut laporan berita, hampir 100 penunjuk perasaan berkumpul di hadapan premis kedutaan itu dengan sebahagian daripada mereka memegang sepanduk menggesa pihak berkuasa menangkap dan mendakwa pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melepaskan tembakan semasa kejadian di perairan Malaysia berhampiran Pantai Tanjung Rhu di Selangor.

Kompas.com melaporkan bahawa penunjuk perasaan kemudian membaling telur di premis kedutaan, yang mengenai lambang negara Malaysia dan pintu depan kedutaan.
Protes itu diadakan sehari selepas mayat lelaki yang terbunuh dalam kejadian tembakan itu dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Riau. Dia dikenal pasti sebagai pekerja asing berusia 50 tahun.

Kejadian pukul 3 pagi itu berlaku apabila lelaki terbabit didakwa menggunakan bot untuk merempuh bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum cuba menyerang anggota penguat kuasa menggunakan parang.

Menurut polis, pegawai APMM terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Walaupun polis berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu, Kementerian Luar Indonesia berkata dua daripada lelaki itu telah menafikan versi pihak berkuasa Malaysia dan mendakwa bahawa tiada penentangan menggunakan senjata tajam.

Sunday, September 8, 2024

Anwar, Prabowo tekad tingkat hubungan serumpun dua hala

bharian.com.my
BERNAMA
ANWAR bersalaman dengan Prabowo. FOTO Facebook Anwar Ibrahim

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto hari ini bertekad untuk meningkatkan hubungan serumpun dua hala antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook berkata, ia antara beberapa perkara yang disentuh dalam pertemuan dengan Prabowo petang tadi.

"Ketemu sahabat karib saya, Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto, petang tadi.

"Kami menyentuh beberapa perkara yang melibatkan kepentingan bersama, yang paling penting ialah tekad kami untuk meningkatkan hubungan serumpun dua hala antara dua negara bersahabat.

"Kami turut menegakkan tekad untuk mengukuh dan menjamin jalinan kerjasama serantau Asean," katanya.

Anwar berkata, beliau turut berbesar hati menerima undangan Prabowo ke majlis pelantikan Presiden Indonesia yang akan diadakan pada 20 Oktober ini di Jakarta.

Prabowo yang juga Menteri Pertahanan negara itu bakal mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Indonesia daripada Presiden Joko Widodo, Oktober ini.

Sunday, December 3, 2023

Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus

kosmo.com.my
Oleh KOSMO
3 Disember 2023
Keadaan letusan Gunung Marapi yang dirakam penduduk setempat. - Detik

JAKARTA – Gunung Marapi di barat Indonesia meletus hari ini dengan membebaskan abu tebal yang menjulang naik sehingga 3 kilometer di udara.

“Abu dari Gunung Marapi di pulau Sumatera menjulang naik 3,000 meter di atas puncaknya,” kata Ketua Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia, Hendra Gunawan.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa selepas letusan pada pukul 2.54 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Letusan masih berlaku. Masyarakat sekitarnya dan pelancong tidak dibenarkan mendaki Gunung Marapi pada radius 3 kilometer dari kawah atau puncak,” kata Hendra.

Gunung berapi di wilayah Sumatera Barat dengan ketinggian 2,891 meter itu diletakkan pada tahap berjaga-jaga ketiga tertinggi dalam sistem empat langkah Indonesia.

Pihak berkuasa turut mengenakan zon pengecualian di sekitar kawah Marapi.

“Hujan abu sudah sampai ke bandar Bukittinggi,” kata pegawai di stesen pemantauan gunung tersebut, Ahmad Rifandi. 

AFP

Tuesday, August 22, 2023

Kerajaan boleh dedah perjanjian dengan Indonesia dalam PSC, cadang Khairy

agendaily.com
22/08/2023
Khairy Jamaluddin.
Bagi memastikan ketelusan dan merungkai segala persoalan berhubung perjanjian maritim dengan Indonesia, kerajaan campuran digesa mendedahkannya kepada Ahli Parlimen dan wakil di Sabah.

Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menjelaskan berhubung isu Triti Laut Sulawesi antara Malaysia – Indonesia.

Gesaan itu dibuat bekas Ahli Parlimen Rembau itu susulan susulan dakwaan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal Alian, kononnya kerajaan campuran menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia, baru-baru ini.

“Tapi saya ada cadangan, cadangan yang saya buat sewaktu kita bincang perkara ini buat kali pertama… Apa kata triti itu di bawa masuk ke dalam Jawatankuasa Pilihan Khas hal ehwal antarabangsa dan hubungan luar.

“Bawa triti itu tunjuk kepada Ahli-ahli Parlimen supaya kita tidak hanya bergantung kepada kerajaan yang sepatutnya cukup, tapi dalam keadaan kenyataan kerajaan pun orang tak percaya, jadi bawa tunjuk perjanjian itu.

“Macam saya tunjuk perjanjian vaksin supaya tidak ada pertikaian,” katanya dalam program Keluar Sekejap yang dikongsi dalam media sosial.

Untuk rekod, Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa dipengerusikan oleh MP Subang, Wong Chen.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Ronald Kiandee juga mencadangkan langkah sama bagi memastikan ketelusan berhubung isu sama ada Triti Laut Sulawesi ditandatangani Perdana Menteri (PMX) dan Presiden Indonesia, Joko Widodo sebelum ini, tidak membabitkan blok Ambalat.

Menurutnya, ia juga dapat menghentikan spekulasi serta kebimbangan rakyat berhubung sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi seperti yang dikatakan oleh kerajaan.

“Blok Ambalat iaitu kawasan seluas 15,000 km persegi di tengah-tengah wilayah pertikaian di luar pantai Sabah ini mengandungi sumber minyak mentah terbesar di dunia dan telah dipertahankan oleh Malaysia sekian lama, maka ia tidak boleh digadai sama sekali.

“Apatah lagi pakar maritim yang terlibat dalam usaha melindungi hak wilayah Malaysia telah memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian baharu untuk menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan Indonesia,” katanya dalam kenyataan sebelum ini.

Pada 15 Ogos lalu, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menjelaskan Triti Laut Sulawesi ditandatangani Malaysia dan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat tetapi hanya membabitkan sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi.

Penjelasan itu susulan kenyataan Tungku Assaffal pada DUN Sabah 10 Ogos lepas yang mendakwa kononnya Malaysia menyerahkan Ambalat kepada Indonesia.

Isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia di kawasan perairan di Laut Sulawesi atau Ambalat yang terletak antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah itu, timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.

Peta itu menunjukkan kawasan sempadan maritim itu terletak dalam perairan Malaysia tetapi Indonesia membantah peta itu.

Monday, March 27, 2023

Aceh larang bukan mahram berbuka puasa bersama

Oleh KOSMO
27 Mac 2023
Penduduk menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Agung Islamic Center,
Lhokseumawe, Aceh. - ANTARA/Rahmad

BANDA ACEH – Pihak berkuasa wilayah Aceh, Indonesia mengeluarkan beberapa peraturan sempena memasuki bulan Ramadan tahun 1444 Hijrah, yang menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Antara peraturan yang diteruskan dari tahun-tahun sebelum ini termasuk larangan ke atas restoran dan gerai daripada menjual pada waktu siang serta larangan operasi permainan snuker, karaoke dan kafe internet.

Selain itu, penduduk Aceh juga dilarang bermain permainan video online pada bulan Ramadan dan mereka digalakkan untuk memeriahkan aktiviti belia Islam seperti di sekolah-sekolah pondok.

Peraturan yang paling mendapat perhatian adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan di mana pemerintah Aceh Barat melarang individu bukan mahram daripada membonceng motosikal bersama semasa bulan Ramadan.

Forum Komunikasi Kepimpinan Wilayah (Forkopimda) tempatan mendakwa peraturan itu dikeluarkan bagi mengelak orang ramai daripada melakukan maksiat yang boleh membatalkan puasa.

Sementara itu, menerusi pekeliling yang dikeluarkan oleh pemerintah wilayah Aceh Utara, individu bukan mahram juga dilarang duduk semeja ketika berbuka puasa.

Pemangku Ketua Pejabat Syariah Islamiah Aceh Utara, Hadaini berkata, larangan itu dipersetujui oleh Forkopimda tempatan justeru, pemilik kedai makan dinasihatkan supaya memaklumkan kepada pengunjung mengenai perkara tersebut.

“Pemilik kedai kopi, restoran dan kafe dilarang menempatkan pengunjung bukan mahram untuk berbuka puasa bersama di satu meja dan perlu menghentikan operasi 15 minit sebelum solat Isyak,” kata Hadaini. 

Agensi

Sunday, February 26, 2023

UMNO, Golkar sama tetapi tidak serupa

bharian.com.my
Oleh Andi Suwirta
bhrencana@bh.com.my
 - Februari 26, 2023 @ 8:22am
Gambar hiasan
Ramai pensyarah dan penyelidik, sama ada di Malaysia mahupun Indonesia yang menyatakan UMNO adalah sama dengan Parti Golkar. Kedua-dua parti itu memang pernah menjadi kekuatan politik arus perdana, tetapi sekarang ini, merudum dalam alam politik kontemporari di kedua-dua negara berjiran ini.

UMNO dan Golkar memang wujud persamaan dan perbezaan. Serupa dengan membincang Malaysia dan Indonesia sebagai negara-bangsa serumpun, maka memang ada persamaan, tetapi lagi banyak sangat perbezaannya. Menyentuh persamaan dan perbezaan ini sangat perlu bagi mendapatkan pemahaman betul dan mendalam.

UMNO ditubuhkan pada 1946, jauh sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, manakala Golkar ditubuhkan pada 1964, iaitu selepas Indonesia merdeka pada 17 Ogos 1945. Dalam konteks ini, UMNO lebih tua dan menjadi teras perjuangan kemerdekaan bagi sebuah negara-bangsa di Malaysia dibandingkan Golkar di Indonesia.

UMNO diasaskan 'Bapa Kemerdekaan' Malaysia, seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj. UMNO adalah parti politik moderat, mahukan berunding dan bertolak-ansur untuk mencapai kemerdekaan apabila dibandingkan sama ada golongan radikal Melayu ataupun Parti Komunis Malaya (PKM) yang mahukan berjuang dengan 'darah dan air mata' atau jalan kekerasan untuk merebut kemerdekaan.

Golkar diasaskan bukan oleh 'Bapa Kemerdekaan' Indonesia, sebaliknya Kolonel Djuhartono, iaitu ahli Tentera Siliwangi daripada Jawa Barat yang membidankan kelahiran Golkar, terutama bagi menyokong kerajaan Presiden Sukarno dan mendepani cabaran Parti Komunis Indonesia (PKI) pada masa Demokrasi Terpimpin dekad 1960-an.

UMNO menerajui kerajaan di Malaysia sejak Merdeka pada 1957 hingga tewas dalam Pilihan Rakyat Umum (PRU) pada 2018. Kejayaan UMNO dalam setiap PRU melalui cara berperikatan dengan parti politik daripada bukan Melayu seperti MCA, MIC dan parti politik di Sarawak dan Sabah. Isu rasuah dan salah tadbir urus negara menjadi punca tewasnya UMNO dalam PRU 2018.

Golkar menerajui kerajaan di Indonesia pada masa Orde Baru antara 1968 hingga 1998, berjaya dalam setiap pemilihan umum (PEMILU) bermula 1971 hingga 1998, ekoran mendapat sokongan penuh ahli birokrasi atau kakitangan kerajaan dan Tentera Nasional Indonesia. Isu Korupsi, Kolusi, Nepotisme (KKN) pula menewaskan Golkar dalam setiap PEMILU selepas Orde Baru hingga zaman Orde Reformasi (1998 – sekarang).

Presiden UMNO selalunya menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak 1957 hingga 2018, sedangkan Ketua Umum Golkar belum pernah menjawat selaku Presiden Indonesia. Presiden Suharto bukanlah Ketua Umum Golkar, tetapi Ketua Dewan Pembina yang memang ada kuasa besar menentukan hala tuju dan corak politik daripada parti berkenaan.

Cabaran utama UMNO, Golkar

Walaupun sekarang UMNO dan Golkar bukan lagi selaku kekuatan politik arus perdana di Malaysia dan Indonesia, kedua-duanya kekal diambil kira sebagai parti politik kaya pengalaman dan kebolehan mentadbir urus kerajaan. Masyarakat pada peringkat akar umbi selalunya melihat jasa baik dan mengenang khidmat bakti daripada UMNO dan Golkar dalam perjalanan sejarahnya.

Pengerusi Golkar kerap bernostalgia bersabit kejayaan masa kerajaan Orde Baru dengan memasang gambar bekas Presiden Suharto (1921-2008), yang sedang tersenyum dan berkata dalam bahasa Jawa: "Kepenak Jamanku, toh?" (Lagi selesa dan bahagia masa kerajaan saya, bukan?)

Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kerap dipanggil dan ditegur sebagai 'Bani Ponorogo' daripada bangsa Jawa, memang ada keazaman pun untuk mengembalikan masa kegemilangan parti politik bagi bangsa Melayu di Malaysia.

Cabaran utama UMNO dan Golkar sekarang adalah sama, iaitu citra bersih bagi dua-dua parti politik bersabit amalan rasuah dan ketelusan dalam mentadbir urus negara. Seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim - hakikatnya tokoh UMNO juga dari 1982 hingga 1998 - bahawa masalah rasuah di Indonesia dan Malaysia adalah 'beza-beza sikit.' Rasuah di Indonesia mungkin di atas meja secara ketara, sedangkan rasuah di Malaysia selalunya di bawah meja secara senyap.

Natijahnya, sama ada rasuah itu di atas atau di bawah meja, ketara atau senyap, ia amalan buruk bakal diketahui ramai orang. Dasar dan amalan pimpinan UMNO dan Golkar untuk 'nyah rasuah' adalah kata kunci menjayakan kedua-dua parti politik yang sama tetapi berbeza itu untuk menerajui semula kerajaan di Malaysia dan Indonesia.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Sejarah Universiti Pendidikan Indonesia (UPI)

Monday, July 11, 2022

Tajuddin digugur sebagai duta Indonesia, kata sumber kerajaan

freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad
-July 11, 2022
Tajuddin Abdul Rahman.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia, menurut sumber kerajaan.

Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong esok.

Menurutnya lagi, kerajaan “berubah hati” mengenai pelantikan Tajuddin.

“Sebab itu nama dia tak dimasukkan dalam senarai utusan terbaharu yang akan terima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok,” katanya kepada FMT.

Ketika dihubungi, Tajuddin enggan mengulas dan meminta FMT merujuk isu itu kepada Wisma Putra.

“Tiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya perdana menteri ke, saya mana tahu,” katanya kepada FMT.

FMT sedang menghubungi Menteri Luar, Saifuddin Abdullah dan timbalannya, Kamaruddin Jaffar.

Pelantikan Tajuddin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak yang mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ibarat mempertikaikan kuasa Agong, kerana pelantikan beliau sudah diperkenan.

Tajuddin sebelum ini menyifatkan sebahagian kritikan berhubung pelantikannya sebagai “tidak adil”.

“Mereka tidak kenal saya, cuma tahu saya orang tua, sedangkan saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, negara dan rakyat lebih 45 tahun lalu, sejak berusia 25 tahun lagi. Tetapi, saya dilayan seolah-olah seperti saya ‘orang tepi jalan’.”

Beberapa pihak dalam Umno turut mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ke Indonesia kerana tindakannya menyerang presiden Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka yang disifatkan sebagai “memalukan”.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Tajuddin menggesa Zahid berundur daripada jawatan presiden Umno.

Petisyen juga dilancarkan di Change.org untuk menggesa pelantikan Tajuddin sebagai duta besar ke Indonesia dibatalkan, yang mengumpulkan lebih 35,000 tandatangan setakat hari ini.

Pada Mei 2021, Ahli Parlimen kontroversi itu digugurkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kritikan berhubung perlanggaran dua tren LRT.

Sunday, March 29, 2020

Berapa lama wabak ini akan berakhir?


Sukar untuk dijangka. Kalaupun Malaysia berjaya memulihkan dalam tempoh yang singkat, kita masih terdedah dengan bahaya sekiranya wabak ini masih merebak negara-negara lain.

China hari ini sudah dianggap selamat kerana tidak ada lagi kes jangkitan baru yang dilapurkan sejak seminggu lepas. Tetapi, negara-negara jiran China masih terjejas.

Selepas China, Eropah menjadi pusat jangkitan baru. Sekarang US pula menjadi epicenter menggantikan tempat Eropah. Lepas ini mungkin pula India, atau Indonesia, atau Afrika … kita tidak tahu.

Kita perlu ingat bahawa wabak ini dulu asalnya bermula dengan seorang sahaja. Ini bermakna ancaman wabak ini hanya boleh dianggap berakhir apabila tiada seorang pun lagi yang dijangkiti virus ini. Saya sendiri kurang pasti bagaimana perkara ini boleh disahkan.

Tiada laporan jangkitan tidak bermakna tiada lagi jangkitan. Tidak semua pembawa virus akan jatuh sakit. Bagaimana kita mahu benar-benar memastikan tiada jangkitan.

Cabaran terhadap wabak ini bersifat jangka panjang. This is a marathon, not a sprint out. Keep our stamina intact for a long haul.

Sumber Fb:

Thursday, March 19, 2020

Rakyat Malaysia dipercayai sertai himpunan tabligh di Sulawesi, kata kedutaan

Bernama
-March 19, 2020 7:36 AM

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata, berpuluh-puluh orang dipercayai sudah berada di Sulawesi Selatan untuk menyertai perhimpunan tabligh, meskipun mereka sudah melarang rakyat Malaysia berbuat demikian.
 (Gambar Facebook Aalmi Tablighi Shura Elders)

JAKARTA: Acara “Ijtima of Asia 2020” di Indonesia yang dilaporkan bakal dihadiri ribuan jemaah tabligh, dipercayai turut dihadiri rakyat Malaysia.

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata, meskipun pihak kedutaan sudah mengeluarkan larangan agar rakyat Malaysia tidak menghadiri program itu, dipercayai berpuluh-puluh orang dilaporkan sudah berada di sana.

“Belum ada jumlah tepat rakyat Malaysia yang menghadiri acara itu, kami sedang berusaha mengesan mereka yang terbabit,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, berdasarkan notis konsular agar rakyat Malaysia yang berada di Indonesia mendaftar menerusi e-mel dengan kedutaan di mwjakarta@kln.gov.my atau jkonsular@gmail.com, dipercayai turut didaftar ialah beberapa individu yang menyertai acara itu.

Menurut sumber Bernama, sejumlah 83 rakyat Malaysia sudah berada di Sulawesi untuk menyertai acara itu, yang turut dihadiri jemaah tabligh dari 48 negara lain.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan sebarang surat kebenaran (permit) untuk acara itu yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac, dan dalam proses berunding dengan pihak penganjur agar mereka bersurai.

Pada 27 Feb hingga 1 Mac lepas, dilaporkan lebih 10,000 orang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang kemudian ada di antara pesertanya didapati positif Covid-19 dan menyumbang kepada peningkatan kes itu di Malaysia.

Pada 14 Mac lepas, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu notis konsular melarang rakyat Malaysia tidak menyertai sebarang perhimpunan atau acara berskala besar di Indonesia susulan pandemik Covid-19, termasuk menghadiri acara perhimpunan itu.

Monday, December 23, 2019

Indonesia lancar biodiesel B30


JAKARTA: Indonesia melancarkan biodiesel yang mengandungi 30 peratus bahan api berasaskan sawit, campuran paling mandatori di dunia, dalam usahanya meningkatkan penggunaan minyak sawit domestik.

Presiden Joko Widodo berkata, biodiesel yang dipanggil "B30" akan membolehkan Indonesia mengurangkan import bahan bakar fosil sebanyak 63 trilion rupiah (RM18.65 bilion) setahun, meningkat daripada 43.8 trilion rupiah (RM13 bilion) yang disimpan pada 2019 dari bahan bakar B20 sedia ada.

"Ini akan meningkatkan defisit akaun semasa kami dan meningkatkan penggantian import kami," kata Widodo pada pelancaran itu.

Indonesia, pengeluar dan pengeksport minyak sawit terbesar di dunia, secara beransur-ansur meningkatkan kandungan biodieselnya, bertujuan menyerap bekalan minyak sawit yang semakin bertambah dan juga mengurangkan import bahan api yang mahal.

Sejak akhir 2018, biodiesel yang dijual di seluruh Indonesia mempunyai campuran bio wajib 20 peratus, menggunakan ester metil asid lemak (FAME) yang diperbuat daripada minyak sawit.

"Indonesia sebagai negara pertama yang melaksanakan B30 di dunia," kata Kementerian Tenaga pada Isnin, sambil menyatakan penggunaannya akan menjadi mandatori bermula 1 Januari.

Program ini memacu prospek harga minyak yang boleh dimakan kerana ia akan meningkatkan permintaan ketika masa pengeluaran dijangka perlahan, disebabkan oleh kemarau dan jerebu akibat kebakaran hutan.

Kerajaan memperuntukkan 9.59 juta kiloliter (KL) FAME untuk B30 pada 2020, naik daripada 6.63 juta KL tahun ini.

Widodo berkata, program itu juga akan membantu Indonesia memelihara pasaran bagi komoditi utama dan bukan bergantung kepada eksport.

Kesatuan Eropah membuat keputusan pada Mac lalu bahawa minyak sawit menyebabkan penebangan hutan yang berlebihan dan merancang secara efektif sebagai bahan api untuk pengangkutan. Indonesia telah memfailkan aduan di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

"Kami tidak akan bergantung kepada negara lain yang ingin membeli MSM (minyak sawit mentah) kami," kata Widodo.

"Jika anda tidak membelinya, saya boleh menggunakannya sendiri ... kedudukan tawaran kami lebih kukuh."

Penggunaan B20 umumnya diterima untuk kenderaan baharu. Sokongan bagi campuran yang lebih tinggi menolak kebimbangan yang dikemukakan oleh sesetengah kumpulan industri yang mana menggunakan lebih banyak FAME boleh menyebabkan masalah enjin, berpotensi meningkatkan kos penyelenggaraan.

-Reuters

Wednesday, August 15, 2018

Wanita dipenjara selepas hina azan, cetus hura-hara di Indonesia

FMT Reporters | August 15, 2018

Penganut Buddha itu mendakwa azan di masjid berhampiran rumahnya 'terlalu kuat' dan 'menyakitkan' telinga.

Susulan dakwaan itu, umat Islam di Sumatera Utara mencetuskan hura-hara dan beberapa kuil Buddha dibakar.

PETALING JAYA: Seorang wanita Buddha di Sumatera Utara, Indonesia berkemungkinan dijatuhi hukuman penjara 1 setengah tahun selepas dia dituduh menghina azan sebagai “terlalu kuat” dan “menyakitkan” telinga.

Jakarta Post melaporkan kenyataan Meiliana, 44, yang dibuat pada 2016, dipercayai mencetuskan huru-hara yang teruk di Tanjung Balai, di mana orang Islam mendakwa mereka tersinggung dengan kata-kata wanita itu dan membakar beberapa kuil Buddha.

Pihak pendakwa mengenakan hukuman berdasarkan fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) di Sumatera Utara, yang menegaskan kenyataan Meiliana itu sebagai menghina.

Pendakwa raya juga mendakwa kenyataannya juga menimbulkan rusuhan anti-Cina di daerah itu yang mengakibatkan kemusnahan beberapa kuil dan memaksa sejumlah keluarga Cina melarikan diri ke negara jiran.

Polis menahan 19 perusuh. Lapan daripada didakwa merompak, 9 memusnahkan harta benda dan 2 mencetuskan huru-hara. Semua mereka dikenakan hukuman penjara 1 hingga 4 bulan.

Kes Meiliana adalah yang terbaharu yang didakwa di bawah Undang-undang Menghina negara itu, di mana aktivis hak asasi manusia mengkritiknya sebagai “menindas”.

Pemimpin terkenal yang disabitkan dengan kesalahan menghina Islam ialah bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang didakwa menggunakan ayat Al-Quran ketika berkempen untuk pilihan raya gabenor.

Saturday, March 3, 2018

Kapten Equanimity kata tak tahu siapa pemiliknya

ALYAA ALHADJRI


Kapten kapal layar mewah, Equanimity, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low, memberitahu penyiasat di Indonesia bahawa dia tidak tahu siapa pemiliknya.

Peguam Rando Purba memberitahu Malaysiakini bahawa pelanggannya, Rolf Sieboldt-Berry, seorang warga Afrika Selatan, disoalsiasat selama enam jam di balai polis daerah Bali pada hari Isnin sebagai saksi.

"Bagi kapten itu, apa yang dia tahu adalah kapal layar itu dimiliki oleh sebuah syarikat yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

"Dia tidak tahu individu di belakang syarikat itu kerana dia tidak melihat dokumen (pendaftaran)," kata Purba ketika dihubungi.

Purba berkata Sieboldt-Berry disoalsiasat selepas kapal layar itu dirampas di Benoa, Bali pada hari Isnin dan disoalsiasat oleh polis mengenai identiti pemilik kapal itu.

"Khususnya, dia (Sieboldt-Berry) ditanya sama ada dia tahu pengarah syarikat yang memiliki kapal layar itu," katanya.

Purba berkata pelanggannya telah bekerja di kapal layar itu selama tiga tahun, dari Mac 2015, dan telah dilantik kapten sementara sejak April lepas.

Ditanya sama ada sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Jho Low diajukan kepada pelanggannya, Purba berkata, nama hartawan kontroversial itu tidak timbul semasa sesi soalsiasat selam enam jam itu.

"Saya hanya tahu nama (Jho Low) dari laporan media," katanya.

Pihak berkuasa Indonesia telah merampas Equanimity atas permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS yang menyiasat kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Sementara itu, Purba juga mendedahkan bahawa pelanggannya masih berada di atas kapal layar itu sementara menunggu arahan lanjut dari pihak polis.

"Polis telah mencadangkan pelanggan saya untuk tidak meninggalkan kapal ... Dia sebenarnya boleh meninggalkan negara itu tetapi dia ikut cadangan polis," kata Purba.

Jurucakap polis tengah Indonesia, M Iqbal, semalam memberitahu Malaysiakinibahawa siasatan mereka masih di peringkat awal untuk mendapatkan bukti dari kapal dan menyoalsiasat kapten serta anak kapalnya.

[Baca berita penuh]

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/414188#DMtzACjzzZXeTkxI.99

Saturday, August 12, 2017

Wanita mengaku Nabi ke-26, perintah hijrah ke Makasar

JAKARTA – Kononnya dunia akan kiamat dalam masa terdekat, semua umat Islam perlu segera berpindah ke Makassar, bandar raya terbesar dan ibu wilayah Sulawesi Selatan di Indonesia.

Itulah apa yang dikatakan oleh seorang wanita tempatan dan dikenali sebagai Hadasari, 26, setelah mengaku dirinya konon sebagai nabi yang ke-26 selepas hampir 14 kurun kewafatan Rasulullah SAW, lapor media Indonesia.

Suspek ditahan oleh pihak polis tempatan setelah menerima laporan daripada keluarganya sendiri. Dimaklumkan kononnya dia menerima satu wahyu dan secara langsung terpilih dilantik untuk meneruskan tugas kenabian.

Pengakuan secara eksklusif tersebut telah didedahkan menerusi satu rakaman video yang membuatkan pengguna media sosial di negara paling ramai umat Islam dalam dunia itu sedikit kecoh pada Isnin lalu.
Media turut mealporkan, dia dikatakan telah diperintah melalui suara bisikan ghaib malah telah sanggup bercerai dengan suaminya semata mata untuk menyampaikan amanat besar itu.

Ketika ditahan, Hadasari bersungguh-sungguh cuba untuk meyakinkan pihak polis bahawa dia daripada keturunan Tuanta Salamanka Syeikh Yusuf yang merupakan tokoh agama terkenal di Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Ketika itu juga dia menunjukkan senaskhah kitab Al-Quran konon versi baharu yang bertulisan tangan dan berisi sejumlah pesanan bahawa dunia akan kiamat dalam masa terdekat.

Justeru suspek memerintahkan semua umat Islam supaya segera berhijrah ke Makassar. Bukan itu sahaja, terdapat juga gambar dirinya yang sedang berdakwah di dalam kitab tersebut.
Setelah diberi kenyataan oleh ahli keluarganya, ternyata wanita ini sebenarnya mengalami gangguan jiwa. Dia juga diminta untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum di bawa ke sebuah balai polis.

Namun apa yang dilafazkannya itu lain daripada ayat kalimah. Difahamkan bahawa dia mula mengalami masalah jiwa ketika dia dikatakan kalah dalam perebutan harta pusaka beberapa tahun yang lalu.

Tanah itu dikatakan telah diamanahkan kepada wanita ini supaya dijaga dengan baik tetapi terdapat segelintir ahli keluarganya yang dengki dan dia terpaksa melepaskan hak tanah tersebut.

Pada tahun 2015 lalu, kisah yang sama juga pernah dibangkitkan oleh Hadasari, tetapi ia tidak pula dihebohkan oleh pihak media tempatan.

 – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah


Tuesday, January 5, 2016

Kuala Lumpur dijajah warga asing?

Kuala Lumpur – Warga Myanmar, Nepal, Indonesia, Filipina dan Bangladesh telah “menjajah” beberapa kawasan di ibu negara Kuala Lumpur termasuk di Sentul, Cheras, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Jalan Tun Tan Siew Sin yang lebih dikenali dengan nama lamanya Jalan Silang di tengah-tengah bandar raya ini misalnya, sudah sinonim dengan kehadiran warganegara asing yang menjadikannya seperti negara mereka sendiri.

Ketika meninjau kawasan terbabit selama seminggu, wartawan Bernama berasa seolah-olah berada di sebuah negara lain, dengan warga asing, terutama Bangladesh, mengisi setiap pelosok menjalankan pelbagai jenis perniagaan.

Mereka menguasai kedai runcit, restoran dan kedai menjual pakaian dan langsung tidak kelihatan kekok malah sempat memberikan pandangan tidak selesa sewaktu kami melintasi premis mereka ibarat kami pula warga asing.

Kebanyakan papan iklan menggunakan bahasa asing dan ini membuatkan kami tertanya adakah ini Malaysia atau Bangladesh atau Nepal?

“Masyarakat di kawasan ini menggelarkannya ‘Kota Bangla’ kerana jumlah warga asing itu terlampau ramai,” kata seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Along.

Beliau berkata sepanjang 10 tahun beliau berniaga di situ, sangat sukar untuk melihat kelibat warga tempatan. Majoriti terdiri dari lelaki warga asing.

“Mungkin disebabkan bilangan mereka yang sangat ramai dan suka berada dalam kumpulan membuatkan warga tempatan takut untuk berada di kawasan ini lebih-lebih lagi kaum perempuan,” katanya.

Seorang penjaja tempatan, dikenali sebagai Miss Lim, berkata beliau sudah lali dengan pemandangan ratusan warga asing di hadapan kedai miliknya di Jalan Silang.

Miss Lim, yang telah menjalankan perniagaan fabrik hampir 30 tahun di situ, sudah sebati dengan bau sirih dan kapur di persekitaran itu.

“Saya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh dibenarkan berniaga di sini sedangkan kami warga tempatan wajib memiliki lesen perniagaan.

“Jika diperhatikan, kebanyakan barang yang dijual adalah produk dari negara mereka sendiri dan bagaimana mereka boleh membawa masuk produk berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kebanjiran peniaga warga asing di sini seolah-olah membuatkan peniaga tempatan merempat di negara sendiri.

Tinjauan kami turut menemui bahan-bahan bacaan dari negara mereka dengan tulisan ibunda yang dijual secara bersembunyi.

Bahan-bahan bacaan dipercayai dijual secara haram di kedai yang beroperasi di lorong-lorong sempit, lapor Bernama.

Read more http://www.kualalumpurpost.net/kuala-lumpur-dijajah-warga-asing/

Wednesday, June 24, 2015

Lanun mungkin kurang licik, namun tetap ancaman yang berbahaya

oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Sekurang-kurangnya ada tujuh kumpulan lanun yang bergiat di Selat Melaka dan Laut China Selatan, menjadikan kapal dagang Malaysia sebagai mangsa.

Menurut akhbar Harian Metro, kumpulan-kumpulan ini dilengkapi bot laju dan senjata api.

Dengan memetik sumber, akhbar itu menamakan tujuh kumpulan tersebut sebagai Gang Wak Yon, Wak Jet, Gang John, Gang Dapit, Gang Deni, Gang Asmi, dan juga Gang Johar – semuanya memiliki ahli dari Indonesia.

Kumpulan-kumpulan ini nampaknya sudah bergiat aktif sejak 15 tahun, dan biasanya menyerang pada waktu malam atau awal pagi.

“Perisikan mendedahkan yang kumpulan ini berpangkalan di beberapa pulau yang ‘strategik’ di Selat Melaka.

“Mereka ini, yang terdiri daripada suku Buton, dan bukan sahaja sangat mahir dengan pelayaran dan laut, malah mampu merampas kapal hanya dengan bersenjatakan parang besar,” kata sumber itu seperti dipetik.

Menurut sumber itu lagi, setiap kumpulan lazimnya memiliki antara tujuh dan 12 ahli, dan semuanya dilengkapi senjata. Mereka menggunakan bot laju sebagai pengangkutan utama.

“Kami percaya yang lanun-lanun ini menggunakan ratusan pulau kecil di selatan Sumatera untuk bersembunyi.

“Perisikan juga telah mendedahkan yang sebahagian kumpulan didalangi oleh penjenayah yang berpangkalan di Singapura, yang menyalurkan maklumat tentang kapal yang menggunakan laluan kepada mereka dan merancang rampasan,” katanya lagi.

Kebanyakan rampasan bukanlah kebetulan atau tuah. Sebaliknya, ia rompakan yang dirancang rapi,” katanya lagi.

Menurutnya, ada juga berlaku di mana anak kapal yang dirampas didapati bersubahat dengan mereka.

Akhbar itu turut bercakap dengan timbalan ketua pengarah (operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Ahmad Puzi Ab Kahar yang mendedahkan, kumpulan lanun mutakhir ini sudah mula mensasarkan kapal yang membawa minyak dan gas.

Pesisir pantai Johor nampaknya menjadi kawasan kegemaran lanun untuk membuat serangan, dengan sebanyak 18 buah kapal dirampas sejak dua tahun lalu – termasuk Orkim Harmony.

Manakala hanya enam kes seumpama itu dilaporkan berlaku di Pantai Timur untuk tempoh yang sama.
Beliau mengakui bahawa tugas menjaga semua kapal yang melalui antara selat paling sibuk di dunia itu sebagai amat mencabar.

“Ratusan ribu kapal pedagang dan kapal nelayan melaluinya setiap tahun.

“Ini berlaku dengan peranan negara seperti China, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan yang semakin besar dalam perdagangan antarabangsa,” katanya.

Ahmad Puzi berkata, mereka akan mengekalkan pengawasan setiap masa dan pemeriksaan berkala di laluan air di sekeliling Malaysia.

“Walaupun acaman kegiatan lanun di negara ini masih di bawah kawalan, kami tetap perlu meningkatkan penguatkuasaan,” katanya lagi seperti dipetik.

Seperti yang dilihat dalam rampasan MT Orkim Harmony baru-baru ini, perampas biasanya mereka yang ganas dan terdesak, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yang dimahukan.

Mereka sanggup menembak tukang masak kapal warga Indonesia ketika dia cuba untuk melawan.

Lanun mungkin bukanlah penjenayah paling pintar, tetapi mereka ternyata lebih berbahaya berbanding kebanyakan penjenayah – mereka dilengkapi senjata dan dipandu oleh sifat tamak, marah dan gerak hati.

Polis, Tentera Laut dan APMM memerlukan lebih daripada bot laju untuk melawan ancaman ini.

Mereka perlu dilengkapi dengan kenderaan dan peralatan yang mampu menyaingi lawan mereka. Untuk itu, mereka memerlukan peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan Negara.

Kemudian, bot, kapal dan peralatan yang lengkap ini perlulah digunakan sebaik mungkin. Ini boleh dibuktikan dengan membanteras ancaman lanun secara seluruhnya, dan tiada lagi pencerobohan warga asing bersenjata ke kawasan perairan kita.

Perkara terakhir yang kita perlukan adalah satu lagi projek gajah putih yang mahal tetapi tidak bertaring, seperti Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Laporan menyatakan APMM dalam proses memohon ekstradisi bagi lapan suspek rampasan MT Orkim Harmony yang ditahan di Vietnam, untuk dibicarakan di Malaysia.

Semoga penjahat ini akan dibicarakan dan dihukum dengan hukuman tegas yang dapat memberi pengajaran kepada lanun dan mereka yang berniat terjun ke dunia itu.

Pada masa ini, kita tidak menembak lanun dan menyoalsiasat seperti yang dilakukan pasukan keselamatan Amerika. Apa yang kita boleh lakukan adalah menjatuhkan hukuman berat dan menghindarkan mereka dari laut untuk tempoh yang lama.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Lanun-mungkin-kurang-licik-namun-tetap-ancaman-yang-berbahaya#sthash.81BkGlhl.dpuf

Wednesday, April 29, 2015

Indonesia jalankan hukuman mati terhadap penyeludup dadah

Indonesia tembak mati lapan penyeludup dadah
Enam daripada lapan banduan yang ditembak mati Indonesia awal pagi ini. Barisan utama dari kiri: warga Australia Myuran Sukumaran dan Andrew Chan, dan Martin Anderson, dipercayai dari Ghana. Baris bawah dari kiri: Nigeria Raheem Agbaje Salami, Brazil Rodrigo Gularte dan Nigeria Silvester Obiekwe Nwolise. Foto warga Nigeria, Okwudili Oyatanze dan warga Indonesia Zainal Abidin tidak diperoleh. Foto AFP

INDONESIA, 29 November:

Lapan banduan dadah ditembak mati skuad penembak di Indonesia.

Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di penjara Besi di pulau Nusakambangan awal pagi Rabu, lapor BBC.

Walau bagaimanapun banduan kesembilan, seorang wanita dari Filipina telah ditangguhkan hukumannya pada saat-saat akhir.

Antara yang terbunuh ialah warga Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran.

Dengan ini, Australia telah menarik balik dutanya dari Indonesia sebagai tindak balas atas hukuman ini.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, menyifatkan hukuman ini “kejam dan tidak perlu”.

Beliau berkata Australia menghormati kedaulatan Indonesia tetapi menambah, “ini bukan perniagaan seperti biasa”.

Antara mereka yang dihukum mati termasuk warga Nigeria, Brazil dan Indonesia.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/global/2015/04/29/indonesia-tembak-mati-lapan-penyeludup-dadah/#ixzz3YeoEoEnC

Friday, August 30, 2013

Terimelah kenyatan yang benar walaupun ianye sangat pahit...............

Sebelum Wak teruskan menaip terlebih dahulu Wak nak tanye sikit, cube angkat tangan siape yang datuk nenek nye tu berasal dari Indonesie? Mithal nye dari pulau Jawe, Sumatera, Borneo atau pun mane2 pulau di Indonesie tu. Wak tak heran kalau Datuk Ahmad Zahid Hamidi orang yang pertame yang angkat tangan dan di ikuti pule dengan ramai lagi menteri2 kabinet UMNO............

Wak sendiri pun berasal dari Indonesie, bape orang Kalimantan ibu orang dari Kuala Tungkal, Jambi Sumatera. Wak masih lagi ingat, ketike itu umor Wak lebih kurang 10 atau 11 tahun, pade ketike itu bape Wak masih lagi pegang kad pengenalan plastik berwarne merah. Dalam surat beranak Wak tertulis keturunan dan bangse 'Banjar'.

Sebenar nye penduduk melayu di bumi Malaysia ni boleh lah di katekan hampir kesemue nye berasal dari kepulawan Indonesie. Bangse Jawe, Minangkabau, Bugis, Banjar dan lain2 lagi semue nye adelah pendatang dari kepulauwan Indonesie. Cume ade sedikit perbezaan dengan ape yang kite panggil 'pendatang haram' dari Indonesie hari ini.

Beze nye 'pendatang haram' dengan kite ialah kerane mereke tu datang terlewat dan datuk nenek kite tu datang nye lebih awal pade tahun2 seawal 1800 mashe. Kan ke same juge, ke due2 nye tu pendatang juge. Beze nye cume awal dan akhir aje.

Kalau nak tahu sipe kah penduduk Malaysia yang se benar2 nye bumiputere tu ialah orang Asli tu aje. Mereke tu memang nye peribumi yang asal. Kite ni datang kemudian aje. Ade ke mane2 orang 'melayu' yang ade mengatekan melayu tu orang Asli dan kedudukan nye juge setaraf dengan orang Asli? Kalau melayu tu setaraf dengan orang Asli mengape pule di ujudkan JHEOA?

Sebenar nye Wak tidak malu menyatekan diri berasal dari keturunan Banjarmasin. Keturunan Wak berasal dari Indonesie dan Wak telah menjadi wargenegare Malaysia.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-