by ANA GHOIB
TUN DR MAHATHIR MEMILIH UNTUK TIDAK MENGAIBKAN PEMIMPIN NOMBOR DUA DALAM KERAJAAN WALAUPUN ZAHID TELAH MEMBURUKKAN NAMANYA.
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mendedahkan kisah buruk mengenai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun beliau menyimpan banyak rahsia dan kisah silam Timbalan Perdana Menteri itu.
Menurut Dr Mahathir, beliau boleh mendedahkan kisah buruk Ahmad Zahid pada masa lampau namun, memilih untuk tidak mengaibkan pemimpin nombor dua dalam kerajaan itu.
“Saya tidak suka hendak cungkil ‘benda-benda kotor’ yang dari waktu belakang (silam). Kita semua banyak buat dosa, tetapi banyak orang tidak mahu sebut. Kalau hendak kata saya buat salah, katalah. Semua orang terimalah,” katanya.
Dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT, Dr Mahathir turut mendedahkan bahawa beliau mengenali secara mendalam sikap dan tingkah laku Ahmad Zahid memandangkan beliau sendiri yang melantiknya sebagai menteri kabinet.
“Dia (Ahmad Zahid) dapat jadi menteri pasal saya juga. Kalau saya cerita hat (perkara) lama nanti jadi buruklah,” ujarnya.
Sebelum ini, Ahmad Zahid menggesa semua pihak tidak menyalahkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya melihat apa yang dilakukan pentabiran kerajaan sebelum ini.
Dakwaan itu merujuk kepada zaman pemerintahan Dr Mahathir susulan beberapa isu yang disifatkan berat sebelah khususnya mengenai kenaikan tambang ERL sebanyak RM55 daripada RM35.
“Disebabkan najis yang terpalit dulu, jangan salahkan kita sepenuhnya, walaupun bukan 100 peratus kita kena faham, mahasiswa nakkan tadi supaya ada diskaun kad untuk ERL, cuma semua harus faham bahawa kalau rombak, kita terpaksa bayar puluhan ribu sebab melanggar perjanjian konsesi,” kata Ahmad Zahid. – FMT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.