DAP mendakwa pemerintah akan menaikkan GST kepada 10% jika BN menang PRN Sarawak
MIRI: Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar semasa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN).
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa kadar GST genap setahun dilaksanakan itu akan kekal pada masa ini.
Beliau menafikan dakwaan DAP Sarawak bahawa kerajaan akan menaikkan kadar GST kepada sekurang-kurangnya 10 peratus jika Barisan Nasional (BN) menang besar dalam PRN-11.
Semalam (kelmarin), Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa langkah itu akan diambil susulan kejatuhan harga minyak dunia dan kehilangan berterusan hasil kerajaan.
“Tidak ada rancangan untuk menaikkan kadar GST di Sarawak atau mana-mana tempat di Malaysia,” kata Najib ketika berucap pada majlis bertemu rakyat di Kelab Golf & Country Eastwood, di sini, Jumaat malam.
Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu serta anggota barisan Kabinet negeri.
Najib berkata walaupun harga minyak jatuh di pasaran dunia, kerajaan akan mencari sumber lain bagi membiayai program pembangunan negara.
Katanya pembangkang cuba mengeksploitasi isu GST bagi membuat rakyat benci terhadap kerajaan.
Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan retorik dan propaganda pembangkang bahawa GST membebankan rakyat dan tanpanya kerajaan tidak mampu membina lebih banyak sekolah, hospital atau pusat kesihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak.
“Kita tidak mengejar untuk menjadi kerajaan populis. Kami sentiasa cuba melakukan perkara yang betul untuk rakyat,” katanya.
Najib berkata rakyat tidak boleh menukar kerajaan sedia ada secara tidak berperlembagaan menerusi demonstrasi jalan atau pungutan suara tetapi kaedah terbaik ialah menerusi peti undi.
Pada majlis itu, perdana menteri mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM350 juta untuk menaik taraf Hospital Miri secara berperingkat di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi membolehkan PRN-11 diadakan.
– BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Ni yang Wak tersangat hairan sekali, ade pulak yang kene main goncang2 pulak baru mau jadi. Kalu tak goncang make iayenye tak boleh menjad...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...
-
photo hiasan Lembu korban terkorban Ber ribu2 ekor lembu telah terkorban pada hari raya pertama kedua dan ketiga. Tidak kurang pula warg...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Wak cube tanam pokok ni cume untuk suke2 aje, nampak nye tanaman ni dah mule mengeluarkan hasil nye. Buah ni masih mude lagi dan rase ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.