Faiz Zainudin
Penganjur siri syarahan umum Dr Zakir Naik mempelawa mereka yang keliru dengan maklumat membabitkan pendakwah antarabangsa itu supaya menghadiri syarahan umum di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
KUALA LUMPUR: Penganjur siri syarahan umum Dr Zakir Naik menegaskan, dua program besar yang akan diadakan hujung minggu ini tetap diteruskan, meskipun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Pengarah program, Abu Shariz Sarajun Hoda berkata, pihaknya turut mempelawa mereka yang keliru dengan maklumat membabitkan pendakwah antarabangsa itu supaya menghadiri syarahan umum di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Beliau berkata, pihaknya akan memberi laluan istimewa kepada mana-mana pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghadiri dan mendengar sendiri siri ceramah bertajuk “Is The Quran God’s Word?”
“Kami bersedia memperuntukkan sebahagian besar tiket masuk dan kerusi hadapan, supaya pihak terbabit dapat mendengar dan bertanya sendiri kepada Dr Zakir Naik.
“Datanglah dan dengar sendiri, sama ada ceramah Dr Zakir Naik yang juga Tokoh Maal Hijrah 2013 menyampaikan sesuatu yang salah sehingga menimbulkan ketidakselesaan antara agama dan kaum,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pihak tertentu kononnya ceramah Dr Zakir mengandungi unsur fitnah, menghina dan memburukkan pihak lain.
Mengulas proses kelulusan permit program itu, jelasnya, ia berjalan lancar tanpa sebarang penolakan.
Mengenai arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya penganjur program di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 17 April ini dibatalkan, Abu Shariz berkata, pihaknya belum menerima sebarang surat rasmi berhubung pembatalan tersebut.
“Setakat ini, kami belum menerima sebarang surat rasmi berhubung arahan pembatalan tersebut dan sehingga kini, program tersebut (di Melaka) masih diteruskan dan tidak akan dibatalkan.
“Kita juga telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara dan kita akan tunggu maklum balas daripada pihak polis,” katanya yang berharap tajuk sama, iaitu ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ dapat dikekalkan untuk program di Melaka.
Tambahnya, program itu akan dianjurkan mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.
Terdahulu, Naib Canselor UTEM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib mengumumkan universiti itu menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi program ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ yang dijadual disampaikan pendakwah dari India, Dr Zakir, Ahad ini.
Keputusan itu dibuat bagi mematuhi arahan Ketua Polis Negara, demi menjaga ketenteraman awam dan sensitiviti agama di negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
Lebih 700 orang telah mati akibat suhu terlampau panas selama tiga hari berturut-turut di selatan Pakistan, menurut kenyataan dari kerajaa...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
Umno diramal bakal menerima padah dalam pilihan raya umum akan datang susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung tugas ...
-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.