FMT Reporters
Adenan Satem yakin penjelasan itu juga akan membawa kemenangan besar BN di Sarawak.
SIBU: Penjelasan Arab Saudi mengenai status derma RM2.6 bilion baru-baru ini disifatkan sebagai ‘kemenangan besar’ dalam usaha membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Malaysia.
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem turut menyifatkan perkara itu mampu mengembalikan keyakinan rakyat di peringkat akar umbi terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib.
“Terbukti Perdana Menteri tidak terbabit dalam isu berkenaan, …semua sudah dijelaskan oleh kerajaan Arab Saudi. Di Sarawak, kita amat gembira dan bersyukur dengan perkembangan, malah ia begitu bermakna dalam keadaan kita bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).
“Kita sudah dimaklumkan perkara yang sebenarnya, …rakyat sudah tahu apa sebenarnya berlaku. Justeru, kita yakin ia mampu meningkatkan sokongan terhadap BN.
“Kita sudah ada enam Perdana Menteri tetapi Najib yang paling dekat di hati ‘Anak Sarawak’. Sudah 50 kali sepanjang enam tahun menjadi Perdana Menteri, beliau melawat Sarawak hingga ke segenap pelusuk negeri dengan membawa bersama pelbagai projek pembangunan,” katanya, lapor Berita Harian Online.
Beliau berkata demikian ketika mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Fasa Keempat Projek Lebuhraya Pan Borneo – Pakej Jajaran Simpang Bintangor – Jambatan Sungai Kua, di sini, hari ini.
Pada 15 April lalu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dilaporkan mengaku bahawa sumbangan derma kepada Najib memang datang daripada negara itu.
“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
“Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” kata Adel.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Jan lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.