Monday, August 29, 2016

Netizen kecam NGO wanita hina Mufti Perak melalui anugerah

BANGI, Isnin – Disebabkan menjelaskan hukum Islam dalam isu rumah tangga, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dihina di satu majlis anugerah anjuran gabungan NGO feminis.

Penghinaan itu diungkapkan dalam bentuk anugerah yang diberikan kepada Tan Sri Harussani menerusi kategori ‘menghina intelektual’ dalam majlis Anugerah Aiyoh Wat Lah! yang dianjurkan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dan the Gender Equality Initiative (GEI).

Bagaimanapun, penghinaan itu dikecam keras oleh pengguna media sosial.

“Sangat kurang ajar dan biadab,” tulis Aishah Ummu Nubala.

“Apa nak jadi dengan Malaysia… makin ramai golongan cerdik pandai yg main2 kan agama ikut sesedap rasa hati je nak ckap org tuh x betul,” tulis Safwan Majid pula.

Zulkifli Omar pula menyifatkan ia sebagai anugerah yang melampau.

“Yes, I do not need to agree with them (mufti, JAIS, JAKIM) all the time, but this is insulting. Excessively insulting! And you call yourselves intellectual?,” marah Fairuz Azmi.

“Mengapa Mufti diperlakukan sampai begini,” soal Mazlina Haji Ismail dalam statusnya.

Menurut laporan sebuah portal liberal, kategori ‘menghina intelektual’ dianugerahkan kepada pihak yang membuat ulasan tidak logik, tidak rasional dan palsu sama sekali.

Harussani pada April tahun lalu berkata konsep rogol dalam perkahwinan tidak wujud kerana isteri tidak boleh menolak kehendak seks suami kecuali datang bulan, sakit dan melahirkan anak.

Katanya, Nabi Muhammad juga berkata isteri mesti patuh walaupun di atas belakang unta.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-