Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Showing posts with label Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Show all posts
Showing posts with label Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Show all posts

Thursday, August 9, 2018

KERAJAAN PERLU TOLAK CADANGAN IKTIRAF KOMUNIS – MUFTI PERAK


IPOH, 9 Ogos : Kerajaan wajib menolak cadangan pihak tertentu supaya mengkaji semula buku teks sejarah bagi mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan mencapai kemerdekaan negara kerana langkah itu akan menafikan sumbangan ulama, rakyat dan perajurit mempertahankan tanah air, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata mengiktiraf komunis adalah seperti menggalakkan kezaliman dan fahaman ekstrem dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Adalah tidak perlu memperkenalkan komunis kepada generasi akan datang sebaliknya memperkenalkan sumbangan alim ulama dan pejuang-pejuang kemerdekaan untuk memupuk nilai kesetiaan kepada raja dan negara yang merupakan salah satu Rukun Negara.

“Pelajar-pelajar sekolah perlu disemai nilai-nilai murni yang holistik bukannya mendedahkan mereka kepada keganasan dan kezaliman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata negara turut terhutang budi dengan alim ulama bagi sumbangan mereka dalam menggerakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat bagi mencapai kemerdekaan.

“Ulama menentang komunis kerana mempertahankan akidah umat Islam dan menghalang komunis daripada menjajah tanah air. Komunis telah menangkap dan membunuh alim ulama…. komunis juga telah membunuh ramai penduduk Tanah Melayu termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Harussani turut menegaskan komunis tidak memberi apa-apa sumbangan dalam kemerdekaan Malaysia malah telah menyebabkan negara ini diisytiharkan darurat selama 12 tahun bermula 7 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar mengelakkan diri daripada pemikiran dan fahaman komunis seperti ateis, tolak tuhan, tolak agama, ‘free thinker’, matlamat menghalalkan cara mengikut aliran Machiavelli dan agama adalah candu​​​​​​​.
By Wak Labu Farm at August 09, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: komunis, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Rukun Negara

Monday, August 6, 2018

Iktiraf LGBT umpama halalkan golongan berkenaan

SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
6 OGOS 2018

Harussani

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan andai golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diiktiraf, ia membawa maksud kumpulan itu dihalalkan.

Menurutnya, Malaysia sebagai negara Islam sejak dahulu lagi menentang LGBT dan golongan itu perlu akur, bukannya menjadikan Barat sebagai rujukan.

"Aktivis sosial Marina Mahathir mengatakan di negara ini, komuniti LGBT berbeza daripada apa yang boleh dilihat di Barat. Takkan kita nak hidup seperti di Barat yang tiada budaya," katanya kepada Sinar Harian sebagai mengulas kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, andai dihalalkan, nescaya golongan itu akan terus berkembang dan berleluasa.

"Tuhan sudah jadikan lelaki itu adalah lelaki dan perempuan itu adalah perempuan. Jadi kenapa pula mahu diubah hak Tuhan.

"Kenapa kita menghukumkan Tuhan itu begitu? Atau adakah kita lebih cerdik? Kerana inilah lahir golongan seperti ini, golongan ini menyalahkan Tuhan kerana mencipta mereka begitu," katanya.

Menurutnya, Tuhan menciptakan golongan berkenaan sebagai satu ujian kepada mereka untuk menguji mereka.
By Wak Labu Farm at August 06, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: LGBT, Marina Mahathir, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria

Saturday, August 4, 2018

Ulama harus berani menegur

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
4 OGOS 2018

Harussani

IPOH - Golongan ulama seharusnya berani menegur pimpinan kerajaan tanpa perlu rasa takut.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, teguran yang diberikan kepada pimpinan kerajaan itu sebenarnya antara peranan penting yang perlu dilaksanakan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

“Kerajaan dengan ulama dia kekal, kalau kerajaan nafikan ulama akan gagal. Namun, keberanian untuk menegur adakah dia itu berani atau tidak? Takut kena buang (kerja) dan sebagainya.

“Bagaimanapun bagi saya, tak perlu takut. Apa yang hak, saya tegur. Saya pernah menegur pimpinan negara seperti Yang Dipertua Negeri, Negeri Sembilan ketika baginda bergelar Yang di-Pertuan Agong dahulu selain Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan ramai lagi,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Harussani berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran Malaysia #QuranHour yang dijadualkan berlangsung, 30 Ogos ini.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri yang mahu semua pihak kembali kepada al-Quran, Harussani berkata, ia satu saranan yang perlu diberikan perhatian.

“Kalau kata kembali kepada al-Quran, menteri Melayu kena ambil tahu. Kembali pada ajaran Islam, bidang apa yang patut dibuat. Kita tak tahu ke mana.

“Dia baca apa, dia kata baca tafsir al-Quran dalam Bahasa Melayu. Masalahnya, bolehkan difahami kerana al-Quran bukan ditafsir begitu sahaja. Maksudnya lain. Ia ditafsir dengan Hadis, kalau ambil al-Quran tak boleh faham sendiri.

“Al-Quran ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan Nabi Muhammad SAW terangkan. Sahabat bangsa Arab pun tak faham bila Nabi terangkan, apatah lagi kita. Itu namanya tafsir yang bawa keluar hadis. Siapa yang mentafsirkan al-Quran dengan pemikirannya itu salah,” katanya.
By Wak Labu Farm at August 04, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: berani menegur, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, ulama

Tuesday, December 27, 2016

Mufti nasihat Mahathir beramal di hujung hayat

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mengeluarkan fatwa bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah wang rasuah dan mencadangkannya supaya beramal.

Harussani yang dihubungi portal Berita Harian Online sebaliknya mencadangkan bekas perdana menteri itu supaya menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan seharian.
“Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan menjatuhkan orang dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, lebih baik beramal di hujung hayat yang masih ada,” katanya.

Mufti itu juga dipetik meminta Dr Mahathir agar berhenti daripada terus mencari jalan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan membuat dakwaan tidak berasas termasuk memburuk-burukkan segala usaha kerajaaan.

"Dr Mahathir tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana beliau bukan orang alim, malah beliau mungkin tidak memahami takrif rasuah.

"Tuduhan Dr Mahathir itu akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat sedangkan beliau tahu siapa saja yang makan rasuah sudah tentu masuk neraka sedangkan bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik,” katanya.

Ahad lalu, Dr Mahathir, dilapor mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Orang kecewa

Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diterajui Dr Mahathir pula mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, jika pemimpin BN, tiada niat mempengaruhi dan merasuah, mengapa pemberian BR1M mesti melalui Umno.
Mengulas lanjut, Harussani menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai orang kecewa dan putus asa, serta mengingatkannya bahawa tindakan sama dilakukan dalam isu pemberian bantuan wang ehsan khusus kepada rakyat Terengganu.

"Sikap Dr Mahathir itu jelas menggambarkan beliau sebagai orang yang kecewa dan berputus asa apabila parti baharu yang ditubuhkan itu gagal meraih sokongan dan sambutan daripada rakyat," katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Harussani berkata, adalah jelas program BR1M bukan rasuah kerana semua golongan tanpa mengira bangsa dan ideologi politik menikmati bantuan itu.
By Wak Labu Farm at December 27, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Tun Dr Mahathir Mohamad

Friday, October 14, 2016

RUU 355: Ustaz Kazim sokong Harussani

MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
14 OKTOBER 2016
Ustaz Kazim Elias - Foto Bernama

SUNGAI MANIK - Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias menyatakan sokongan terhadap gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang meminta semua ahli Parlimen beragama Islam memberi sokongan penuh kepada pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355.

Menurut Kazim, tidak kira jika seseorang itu ahli Parlimen mahupun rakyat biasa, apabila mereka beragama Islam ia wajib menyokong.

"Apabila kita beragama Islam sama ada sebagai ahli Parlimen atau tidak sesuatu perkara yang menaikkan martabat Islam wajib diberi sokongan penuh.

"Kerana itu, saya menyokong gesaan Mufti Perak supaya semua Ahli Parlimen Islam memberi sokongan penuh tanpa perlu ada unsur politik dalam perkara ini," katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan Ceramah Perdana Maal Hijrah, di Masjid Jame' Simpang Empat, Balai Polis, Chenderong Balai, malam tadi.

Terdahulu Harussani dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian meminta semua ahli parlimen beragama Islam daripada Pas, Umno dan PKR menyatakan sokongan penuh bagi pindaan RUU yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harussani sokong pinda RUU 355]

Tambah Kazim, apabila disebut mengenai hukum Islam semua umatnya tidak kira pemimpin mahupun rakyat perlu bersatu hati.

"Kita melakukan perkara yang baik iaitu memartabatkan kuasa mahkamah syariah, oleh itu semua umat Islam di negara ini perlu bersatu untuk menjadi lebih kuat.

"Pangkah la yang mana kita inginkan tetapi bila masuk hukum agama kita perlu bersatu dan bukan berpecah belah," katanya semasa menyampaikan ceramah berkenaan.
By Wak Labu Farm at October 14, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Datuk Ustaz Kazim Elias, Islam, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, PAS, PKR, Rang Undang-undang (RUU) 355, UMNO

Tuesday, September 6, 2016

Agama tidak larang tugu, kata pakar seni bina Islam

Aedi Asri
September 6, 2016

Pensyarah jurusan arkitek itu turut menasihati golongan agamawan berhati-hati mengeluarkan kenyataan mengenai hal di luar bidang mereka.
PETALING JAYA: Larangan terhadap hasil seni seperti tugu dan patung hanya bermula dalam dunia Islam pada satu tempoh tertentu, kata seorang ahli akademik Profesor Tajuddin Rasdi, susulan pihak berkuasa agama yang mahu beberapa mercu tanda berupa tugu dirobohkan kononnya kerana “haram”.

Tajuddin, yang mengajar jurusan arkitek dengan pengkhususan mengenai seni bina Islam di Universiti UCSI, Kuala Lumpur, berkata larangan sedemikian tidak timbul pada era awal Islam dan ini diserlahkan melalui hasil seni yang masih kekal di negara yang pernah ditakluk empayar Islam.

“Kajian Oleg Grabar menyatakan larangan ini timbul pada satu tempoh tertentu. Sebelumnya tidak timbul isu,” katanya kepada FMT, memetik pakar sejarawan seni Islam tersohor.

Semalam, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata pembinaan tugu adalah haram, selepas timbalannya Zamri Hashim mempersoalkan kewajaran mengekalkan tugu helang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi.

“Dari awal dulu lagi kita tak bersetuju (dengan pembinaan Tugu Negara) kerana kita adalah negara Islam. Kenapa kita nak memuja tugu?

“Tugu berbentuk manusia pula adalah haram,” katanya dipetik Malaysiakini.

Tajuddin berkata Islam hanya larangan tugu berupa berhala kerana ia disembah.

“Sebab itu ada hasil kesenian di negara yang menjadi taklukan empayar Islam ketika itu tidak dimusnahkan,” katanya.

Beliau menjelaskan, seni visual adalah kaedah komunikasi yang penting termasuk untuk tujuan dokumentasi dan pembelajaran.

“Kita perlu lihat balik sejarah. Bagaimana keadaan zaman silam didokumentasikan? Misalnya lukisan Parsi dan patung di gereja.

“Ada juga lukisan yang menunjukkan pakaian orang Melayu ketika zaman dahulu. Jika (seni visual seperti ini) dilarang, hari ini kita tidak akan tahu tentang semua itu,” katanya lagi.

Agamawan perlu merendah diri

Tajuddin berharap golongan agamawan tidak mengeluarkan kenyataan dalam hal di luar bidang mereka, sebaliknya merujuk pakar terlebih dahulu.

“Orang berilmu sepatutnya lebih tawadduk dan hanya bercakap apa yang dia tahu, dan mengakui dia lebih banyak tidak tahu berbanding tahu,” katanya yang kerap menulis artikel sosial dan politik.

Beliau memetik kisah Nabi Musa seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Kahf yang dimurkai Tuhan selepas mengakui tiada sesiapa yang lebih tahu daripadanya, lalu berguru dengan Nabi Khidir.

“Golongan agama perlu mengambil contoh Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Jika tidak tahu, jangan segan bertanya.

“Jika mahu berperanan dalam negara moden seperti Malaysia, mereka perlu tawadduk dan meminta pandangan daripada mereka yang pakar sebelum mengeluarkan pandangan yang membabitkan orang ramai,” katanya lagi.
By Wak Labu Farm at September 06, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Islam, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, tugu dan patung, Tugu Negara

Monday, September 5, 2016

Taman dan tugu: Dosa besar, pembaziran besar

Shakira Buang
Sedangkan membina tugu menyerupai haiwan sebenar sudah haram, apatah lagi berbentuk manusia, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya membina tugu berbentuk manusia memang jelas haram hukumnya dan suatu ketika nanti tuhan akan menuntut supaya binaan itu diberi nyawa.

Selain menganggapnya sebagai "dosa besar" Harussani berpendapat peruntukan besar bagi projek pengindahan taman di sekitar Tugu negara sebagai pembaziran besar negara.

Bercakap kepada Malaysiakini Harussani menjelaskan kesalahan itu menjadi lebih besar apabila binaan tugu itu mengundang manusia untuk memuja binaan tersebut.

“Dari awal dulu lagi kita tak bersetuju (dengan pembinaan Tugu Negara) kerana kita adalah negara Islam. Kenapa kita nak memuja tugu?

“Tugu berbentuk manusia pula adalah haram," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan suntikan dana RM650 juta untuk projek Taman Tugu di atas kawasan seluas 66 ekar di sekitar Tugu Negara.

Sebahagian besar daripada peruntukan itu - atau RM500 juta - akan dibiayai Khazanah Nasional.

Hutan tropika mini dalam bandar raya itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur dan fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.

Projek itu diumumkan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan timbalan Harussani, Zamri Hashim.

Mengulas lanjut, Harussani menyifatkan suntikan dana itu sebagai satu pembaziran terbesar negara.

Kata Harussani adalah lebih baik wang tersebut digunakan bagi tujuan pembangunan kehidupan rakyat di negara ini.

“Menyediakan sampai RM650 juta pula satu pembaziran. Ia sepatutnya ia boleh membantu membangunkan hidupan rakyat, malah itu lebih mudah dan baik daripada membina serta mencantikan tugu supaya orang ramai datang memuja tugu.

“Banyak lagi orang miskin di negara ini.

"Kalau dengan jumlah tersebut kita buat untuk perumahan atau bangunkan tanah-tanah yang (terbiar) ia lebih berfaedah serta hidup rakyat lebih bahagia,” tegas Harussani.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amalan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram.

"Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.

Tugu Negara diilhamkan, direka dan dibangunkan pengarca AS kelahiran Australia, Felix de Weldon.

Carian di Internet menunjukkan binaan berkenaan adalah Tugu Negara terakhir dihasilkan de Weldon sebelum dia meninggal dunia pada 3 Jun 2003.
By Wak Labu Farm at September 05, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tugu Negara

Tuesday, August 30, 2016

Pemuda PAS Perak kecam penghinaan pada Harussani

Pemuda PAS Perak mengecam pemberian anugerah 'menghina intelektual' terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria oleh gabungan NGO wanita di Petaling Jaya kelmarin.

Menyifatkannya sebagai penghinaan dan biadab, ketuanya Mohd Akmal Kamaruddin berkata penganjur yang sebenarnya “menghina intelektual atas kejahilan mereka”.

“Pemuda PAS Perak memandang serius atas kekerapan penghinaan demi penghinaan terhadap agama oleh beberapa NGO dan individu atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

“Tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam malahan lebih parah apabila ada yang mula menentang Islam secara terang,” katanya.

Anugerah negatif dinamakan Aiyoh Wat Lah itu itu dianjurkan oleh Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI).

Acara tahunan itu sudah lima kali dianjurkan sebelum ini.

Harussani mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendapat dua pencalonan dalam kategori sama, setelah undian dibuat.

Anugerah terhadap mufti kanan itu diberikan susulan kenyataannya pada April tahun lalu bahawa tiada istilah rogol dalam perkahwinan dan isteri mesti taat pada permintaan seks suami jika tidak uzur, tidak sakit atau bersalin.

Katanya, Nabi Muhammad juga berkata isteri mesti patuh walaupun di atas belakang unta.

Dalam kenyataan hari ini, Mohd Akmal mempertahankan kenyataan Harussani yang menurutnya berhujah atas landasan ilmu dan kebenaran.

“Hujah yang dikeluarkan dalam isu tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak,” katanya.

Pemuda PAS Petak juga menyeru kepada semua pihak supaya berani tampil untuk “membela Islam”, selain menyatakan kesediaan mereka bertemu dengan penganjur bagi merungkai kekusutan.

Anugerah itu mengetengahkan komen-komen seksis, misoginistik (antiperempuan), homofobik (antihomoseksual), transfobik (antitransgender).

Kategori 'menghina intelektual' dianugerahkan kepada pihak yang membuat ulasan tidak logik, tidak rasional dan palsu sama sekali.
By Wak Labu Farm at August 30, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Islam, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, NGO wanita, Pemuda PAS Perak

Monday, August 29, 2016

Netizen kecam NGO wanita hina Mufti Perak melalui anugerah

BANGI, Isnin – Disebabkan menjelaskan hukum Islam dalam isu rumah tangga, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dihina di satu majlis anugerah anjuran gabungan NGO feminis.

Penghinaan itu diungkapkan dalam bentuk anugerah yang diberikan kepada Tan Sri Harussani menerusi kategori ‘menghina intelektual’ dalam majlis Anugerah Aiyoh Wat Lah! yang dianjurkan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dan the Gender Equality Initiative (GEI).

Bagaimanapun, penghinaan itu dikecam keras oleh pengguna media sosial.

“Sangat kurang ajar dan biadab,” tulis Aishah Ummu Nubala.

“Apa nak jadi dengan Malaysia… makin ramai golongan cerdik pandai yg main2 kan agama ikut sesedap rasa hati je nak ckap org tuh x betul,” tulis Safwan Majid pula.

Zulkifli Omar pula menyifatkan ia sebagai anugerah yang melampau.

“Yes, I do not need to agree with them (mufti, JAIS, JAKIM) all the time, but this is insulting. Excessively insulting! And you call yourselves intellectual?,” marah Fairuz Azmi.

“Mengapa Mufti diperlakukan sampai begini,” soal Mazlina Haji Ismail dalam statusnya.

Menurut laporan sebuah portal liberal, kategori ‘menghina intelektual’ dianugerahkan kepada pihak yang membuat ulasan tidak logik, tidak rasional dan palsu sama sekali.

Harussani pada April tahun lalu berkata konsep rogol dalam perkahwinan tidak wujud kerana isteri tidak boleh menolak kehendak seks suami kecuali datang bulan, sakit dan melahirkan anak.

Katanya, Nabi Muhammad juga berkata isteri mesti patuh walaupun di atas belakang unta.
By Wak Labu Farm at August 29, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Anugerah Aiyoh Wat Lah!, hukum Islam, JAIS, JAKIM, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria

Friday, April 15, 2016

Harussani: Tindakan Ramasamy sangat biadab

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
Harussani
SHAH ALAM - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang seharusnya dikeluarkan dari negara ini berikutan kebiadabannya menghina penceramah terkenal dunia, Dr Zakir Naik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, gelaran ‘satan’ yang diberikan Ramasamy terhadap Zakir menunjukkan beliau tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.

“Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, permohonan maaf Ramasamy itu tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkataan 'satan' sahaja.

“Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.

“Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu larang kedatangan Zakir ke sini?,” katanya.
By Wak Labu Farm at April 15, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Dr P Ramasamy, Dr Zakir Naik, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang

Wednesday, April 13, 2016

Harussani: Jangan seperti anjing menyalak bukit

MUHAMAD AZDHAR TAJUDDIN
Harussani Zakaria
IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Menurut beliau, bantahan yang dibuat terhadap kedatangan pendakwah tersohor, Dr Zakir Naik ke negara ini tidak sepatutnya berlaku jika setiap rakyat berfikiran terbuka dan meraikan perbezaan agama dari sudut positif.

"Perkara ini semacam satu penghinaan kepada Islam. Kalau tak setuju, berdepan dan berhujah dengan beliau.

"Jangan jadi seperti anjing menyalak bukit. Belum apa-apa dah dituduh Dr Zakir menghasut. Buktikan dimana dia menghasut dan jangan mentafsir benda yang tak berlaku," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Harussani berkata, beliau yakin penolakan terhadap Zakir itu berlaku kerana ada pihak yang tidak boleh menerima kebenaran yang disampaikan oleh tokoh terbabit.

"Mereka takut pada bayang-bayang sendiri dan pada masa yang sama turut bimbang penganut agama mereka akan mendekati Islam setelah mendengar hujahan daripada Dr Zakir," katanya.

Katanya, perkara itu diharap tidak akan berulang kembali dan pihak berkuasa perlu menanganinya dengan baik tanpa sebarang sikap pilih kasih.

"Kita tak mahu ianya berlaku lagi dan saya harap pihak berkuasa perlu bertegas dan meneliti semua aspek sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Perak, Zamri Hashim pula berkata, bantahan itu bertujuan menutup kebenaran yang cuba disampaikan berdasarkan perbandingan antara al-Quran dan kitab agama lain.

"Mereka menentang bukan atas faktor individu tetapi lebih kepada usaha murni Dr Zakir untuk menyatakan kebenaran Islam dan penyelewengan agama-agama lain," katanya.

Beliau berkata, tuduhan yang menganggap syarahan Dr Zakir sebagai menganggu gugat ketenteraman awam juga tidak dapat diterima memandangkan cendiakawan Islam itu merupakan tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan 2013.

"Syarahan yang disampaikan bukanlah kali pertama dianjurkan di Malaysia bahkan konsep perbincangannya berasaskan fakta dan bukan emosi tanpa asas," katanya.
By Wak Labu Farm at April 13, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: agama rasmi Malaysia, Dr Zakir Naik, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, tokoh Maal Hijrah

Friday, December 18, 2015

Umno, Pas disaran cari titik persamaan - Mufti Perak

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata kedua-dua pihak juga disaran agar mengenepikan fahaman politik masing-masing demi memastikan kepentingan negara dapat diberi keutamaan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 17 Disember:
Umno dan Pas harus menumpukan kepada usaha mencari titik persamaan antara dua parti Islam terbesar itu, sekiranya mereka benar-benar ingin merealisasikan agenda perpaduan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata kedua-dua pihak juga disaran agar mengenepikan fahaman politik masing-masing demi memastikan kepentingan negara dapat diberi keutamaan.

“Apa yg diucapkan PM (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak) atau Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kedua-duanya lebih ke arah untuk bersatu.

“Bukan bermaksud bersatu dari segi parti, tetapi bersatu dalam arah mencari perpaduan…dan mudah-mudahan (usaha ini) akan berjaya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kertas kerja di Multaqar Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini hari ini.

Selain itu, katanya jika usaha perpaduan dalam kalangan pemimpin atasan berjaya, sudah pasti rakyat bawahan juga akan mengikut jejak langkah mereka dan berusaha mengelakkan sebarang perpecahan.

Terdahulu, ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk “Perpaduan Ummah dan Kepentingannya Dari Perspektif Ulama”, Harussani menegur golongan ulama di negara ini yang tidak melaksanakan peranan mereka seperti sepatutnya.

Beliau berkata ulama hari ini sepatutnya menjadi tempat panduan dalam semua hal dan peka memberi nasihat sebaiknya terutama dalam hal membangunkan semula kekuatan dan perpaduan Islam.

“Sebaliknya sekarang ulama bercakaran antara satu dengan lain…kita bukan kurang ulama. Tetapi mereka ini tidak melaksanakan tugas dengan sebenarnya… masuk politik hanya untuk kepentingan diri dan mengekalkan kedudukan. Jika mereka berniaga bukan untuk kepentingan ekonomi umat Islam,” katanya di hadapan kira-kira 600 hadirin pada seminar itu.

Harussani juga berkata ulama kini bukan sahaja tidak menjadikan perpaduan sebagai agenda utama sehingga menghakis kepercayaan orang ramai, tetapi juga berpecah mengikut ‘mazhab politik’.

“Di Malaysia ulama dalam parti politik pun tak bersatu…dalam parti ada ulama tapi gaduh, tuduh-menuduh…keadaan makin buruk,” katanya.

Beliau berkata sebaiknya golongan ini perlu segera menghentikan perbezaan dan fokus pada agenda mengeratkan hubungan sesama Islam serta berbincang mengenai pembangunan negara.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/17/umno-pas-disaran-cari-titik-persamaan-mufti-perak/#ixzz3uahY5YhL
By Wak Labu Farm at December 18, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, parti Islam, Perdana Menteri, perpaduan ummah, Umno dan Pas
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • Anak ditahan positif ganja: Mat Sabu serah pihak berkuasa ambil tindakan
    Diterbitkan Hari ini 9:09 malam Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengesahkan anaknya ditahan polis tengah malam tadi selepas didapati posi...
  • "The Black Rose 1.0"
    "31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
  • Pencacai2 UMNO yang sedang memendam rase.................
    Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
  • Menteri2 UMNO selalu keluarkan idea2 kurang bijak............?
    Wak tak heran kenape menteri2 UMNO ni selalu keluarkan iade2 yang kurang bijak. Pertame pemimpin2 UMNO tahu bahawe pencacai2, penyokong da...
  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • PAS akan untung secupak dan rugi segantang jika Dato Hassan Ali di singkir keluar dari parti
    Dato Hassan Ali ibarat sebutir benih yang subur, jika dicampak kelaut menjadi pulau, jika dicampak kedarat menjadi bukit. Sebenarnya PAS ...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • Kubu PAS semakin meruntuh terkena bedilan merian buluh UMNO~~~~~~~~~~
    Harapan PAS - 'PAS for All'. Ini lah slogan PAS yang sangat berkesan pada PRU12 yang lepas. Setelah meraih kemenangan banyak kerusi...
  • Hanya melayu haram jadah yang akan menyokong calun MCA ini ..............
    PRU13 semakin hampir menjelang. Di mana agak nya calun dari MCA@pelakun prono ini akan di tempatkan. Jika dia di letak kan di kawasan majo...
  • Itulah akibat nye bile orang yang tak beriman dilantik sebagai ketue.................
    Inilah akibat nye apebile kite memilih orang yang tak beriman sebagai ketue. Ketua Kampung Halau Pertugas Bantuan Banjir (Gambar) Tra...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Penemuan rangka dalam guni, polis tunggu pengesahan forensik
    38 minutes ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    7 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
    2 weeks ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    3 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    7 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • TAZKIRAH
    Tazkirah di Facebook
    1 week ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    5 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    7 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri
    1 day ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    8 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.