Send by Email
Kuala Lumpur – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dipilih untuk menerima anugerah ‘Lead by Example’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.
“Pengiktirafan ini sekali gus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, anugerah sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu itu julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.
Anugerah itu akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.
Alias berkata, sebanyak 13 anugerah lain dalam pelbagai kategori juga akan disampaikan pada majlis berkenaan.
“Penganugerahan berprestij ini adalah anjuran bersama UNESCO dan enam tokoh wanita ulung dunia yang terlibat dalam bidang pendidikan, hak asasi manusia, pemerkasaan wanita dan advokasi kewarganegaraan global,” katanya.
Turut menerima anugerah ialah Presiden Senegal, Macky Sall, dan beberapa individu dan aktivis terkemuka dunia dalam memperjuangkan keamanan sejagat seperti Ayub Mohamud dari Kenya, Nicholas Kristof dari New York Times dan Nadia Murad dari Iraq. – Bernama
Read more http://www.kualalumpurpost.net/rosmah-terima-anugerah-lead-by-example-daripada-unesco/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.