Tuesday, October 25, 2016

Kebakaran HSA: Mangsa maut meningkat 6 orang

 Send by Email : 
Johor Bahru – Setakat ini polis mengesahkan enam mangsa terkorban dalam kejadian kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sebentar tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, mangsa yang meninggal terdiri daripada pesakit wanita dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 50-an.

Menurutnya, ketika kejadian pada kira-kira pada pukul 9 pagi, terdapat tujuh pesakit ditempatkan di wad ICU dan lapan jururawat bertugas di kawasan berkenaan.

“Seorang mangsa dapat diselamatkan dan kini melecur 80 peratus manakala tiga daripada jururawat bertugas sesak nafas akibat terhidu asap,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Menurut Sulaiman, difahamkan semasa kejadian terdapat 294 pesakit dan 193 kakitangan hospital di bangunan induk lima tingkat itu.

Ujarnya, kejadian berpunca dipercayai akibat litar pintas di wad ICU tingkat dua bangunan HSA.

Sulaiman berkata, pasukan penyelamat mengarahkan kesemua pesakit dan kakitangan hospital mengosongkan bangunan.



Read more http://www.kualalumpurpost.net/kebakaran-hsa-mangsa-maut-meningkat-6-orang/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-