Wednesday, December 7, 2016

Gempa bumi landa Sumatera Utara, lebih 25 terbunuh

Ahmad Pathoni




Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada kira-kira jam 6.03 pagi ini.

Bernama yang memetik kenyataan Jabatan Meteorologi, melaporkan pusat gempa terletak 77km timur laut Banda Acheh, Indonesia dan 440km barat daya Langkawi, Kedah.
Setakat pukul 10.53 pagi tadi, sebanyak 25 orang disahkan maut.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Sementa itu dpa yang memetik ketua Agensi Perlindungan Awam di Pidie Jaya berkata, puluhan lagi dilaporkan parah.

Rakaman televisyen dan gambar yang beredar di Internet menunjukkan rumah, bangunan, termasuk kedai-kedai dan masjid-masjid runtuh di daerah yang paling teruk terjejas Pidie Jaya dan Pidie.

"Saya panik dan takut, saya masih gementar," kata Amanda, seorang doktor di Banda Aceh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-