KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan rasa gembira melihat usaha kerajaan membantu masyarakat kaum India telah menghasilkan ramai usahawan berjaya.
Beliau berkata kejayaan itu bukan sekadar angka dalam carta di atas kertas, sebaliknya, hari ini beliau sendiri berjumpa dan mendengar kisah-kisah kejayaan mereka.
"Petang tadi selepas melancarkan MRT di Damansara, saya terus menuju ke Klang untuk melakukan lawatan dan bertemu dengan usahawan-usahawan kecil dan sederhana kaum India daripada pelbagai latar belakang.
"Masing-masing dengan kisah kejayaan mengagumkan hasil usaha dan inisiatif kerajaan melalui Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India atau SEED di bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya menerusi catatan terbaru di laman blog rasminya, najibrazak.com.
Perdana menteri berkata beliau memulakan lawatan dengan meninjau kilang pembuatan kabel Lotus Cable Industries Sdn Bhd, dan berbual dengan beberapa pekerja kilang tersebut.
Menurut Najib, pengusaha kilang itu yang dikenali sebagai Manivanan ialah seorang daripada penerima dana bantuan daripada Bank SME di bawah Program Pencepat Perniagaan (BAP) yang berjaya mengembangkan perniagaannya selain menyediakan banyak peluang pekerjaan.
Selain itu dalam catatannya, perdana menteri turut berkongsi kisah seorang wanita, Premalatha yang merupakan seorang peniaga dan pembekal ikan yang dahulunya pekerja kilang sebelum mengorak langkah untuk mula berniaga di pasar malam.
Kata Najib, selepas latihan dan bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, Premalatha kini berjaya menjadi seorang usahawan dan mampu memiliki rumah sendiri, dua buah kereta, motosikal serta mampu menghantar anaknya belajar di universiti.
"Banyak lagi kisah-kisah kejayaan yang dikongsikan mereka di sini, antaranya Jagabar Ali pengusaha restoran, A. Paramesvaran pengusaha perkhidmatan pendingin hawa, Pravin pengusaha hotel, Srithren usahawan gula-gula yang kini juga pemilik francais Marrybrown.
"Kamani peniaga kacang puteh, Rajasegaran pembekal barangan perubatan, dan Patmanathan pengusaha perniagaan runcit. Semuanya berbeza namun menarik dan mengagumkan saya," katanya.
Kata Najib, satu persamaan daripada kisah-kisah kejayaan ini adalah bagaimana mereka mendapat manfaat daripada usaha dan inisiatif SEED, melalui pelbagai program yang mereka sediakan dengan caj penyertaan cuma RM1.
Beliau menjelaskan bahawa SEED juga memainkan peranan sebagai pengantara, menunjukkan jalan dan memperkenalkan usahawan-usahawan ini dengan program dan bantuan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Bank SME, Amanah Ikhtiar Malaysia, MIDF dan banyak lagi.
Malah, katanya ada juga yang mampu menembusi pasaran lebih besar dengan memperolehi sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dalam catatannya itu, Najib turut memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau mengadakan pertemuan dengan usahawan terbabit.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.