Sunday, April 30, 2017

Ribut landa kawasan Muktamar PAS, sekumpulan cedera



Sekumpulan orang dilaporkan cedera selepas ribut melanda khemah di kawasan berlangsung Muktamar tahunan PAS di Alor Setar kira-kira 7 malam tadi.

"Gerai (terjejas). Khemah telah dilanda ribut," kata Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan kepada wartawan melalui mesej WhatsApp.

Pegawai PAS berkata sekurang-kurangnya 18 orang termasuk kanak-kanak cedera, manakala beberapa orang mengalami keretakan tulang dan cedera di kepala.

Ambulan dan jentera pemadam kebakaran dilihat tiba di tempat kejadian yang telah ditutup kepada orang ramai.

Kakitangan yang bertugas berkata, semua program yang dijadual pada malam ini dibatalkan, kecuali majlis makan malam.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-