Pic: BH OnlineDENGKIL: Tiga penjenayah Indonesia ditembak mati awal pagi tadi, berdekatan kawasan perumahan Jenderam Harmoni di sini, kerana menyerang polis dengan perang.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata dalam kejadian pada jam 4 pagi itu sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sedang menjalankan Ops Rantau Sepang di kawasan Jenderam Harmoni, Dengkil di sini.
"Ketika anggota sedang menjalankan rondaan di kawasan hutan belakang perumahan berkenaan, mereka nampak kelibat tiga orang dengan berpakaian serba gelap dalam keadaan mencurigakan.
"Pasukan polis kemudian cuba untuk menahan semua suspek untuk pemeriksaan, namun mereka bertindak agresif dengan melibas parang ke arah pihak polis.
"Anggota kami melepaskan tembakan bagi keselamatan dan mempertahankan diri, " katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati tiga lelaki itu terbaring dan turut ditemui tiga bilah parang dan peralatan pecah rumah berdekatan suspek.
"Siasatan lanjut sedang di jalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.
- BH Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.