Friday, August 18, 2017

Graduan menganggur kerana syarikat tiada wang, kata majikan

Sheith Khidhir Bin Abu Bakar 

Penjimatan kos dan langkah melanjutkan umur pesaraan turut menjadi punca, kata MEF.
PETALING JAYA: Petubuhan majikan terbesar negara berkata keadaan ekonomi yang lembap memaksa syarikat swasta berhenti mengambil pekerja baharu, menyebabkan pertambahan graduan yang menganggur.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berkata majikan kini berdepan cabaran memastikan kelangsungan perniagaan mereka di sebalik keuntungan yang semakin mengecil.

“Majikan kini berusaha menjimatkan kos, dan perkara utama ke arah itu ialah menilai semula dasar mengambil pekerja baharu,” kata Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan kepada FMT.

Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata seramai 54,103 lepasan universiti menganggur dalam tempoh 6 bulan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing pada tahun lepas.

Shamsuddin berkata masalah itu berlanjutan selama beberapa tahun.

“Kemungkinan jumlah graduan menganggur di negara ini lebih daripada 100,000 orang sekiranya tahun sebelumnya diambil kira,” katanya.

Menurutnya, langkah pada 2013 untuk memanjangkan usia pesaraan daripada 55 kepada 60 juga menjadi faktor.

“Mereka yang sepatutnya bersara pada 2013 akan hanya bersara tahun depan. Oleh sebab itu, jawatan yang perlu diisi belum dikosongkan.”

Shamsuddin berkata antara langkah mengurangkan masalah pengangguran ialah melalui insentif kerajaan kepada syarikat untuk menggalakkan pengambilan pekerja.

Semalam, Idris berkata kementeriannya melaksanakan beberapa program menangani masalah graduan menganggur, antaranya Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA), program 2 Universiti + 2 Industri (2u2i) dan Fakulti CEO.

“Program-program ini kita wujudkan mengikut pelan pembangunan pendidikan negara dan (negara lain) di dunia yang tidak ada (program berkenaan), mereka sedang memerhatikannya. Sistem ini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang lebih holisitik apabila mereka berada di alam pekerjaan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-