Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata situasi itu membuatkan pemimpin pembangkang tertekan kerana segala fitnah mereka selama ini tidak menjadi.
Annuar berkata, tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menghantar surat kepada Kabinet supaya tidak membenarkan Najib memenuhi undangan itu membuktikan pembangkang dengki dengan kejayaan Perdana Menteri.
“Tindakan Kit Siang membuktikan beliau cuba menukar skrip ciptaannya apabila isu kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) Bank Negara Malaysia (BNM) dibangkitkannya menuju kehancuran, selepas kerajaan memenuhi desakannya supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCL).
“Agenda beliau hanya mahu memburukkan nama kerajaan dan Perdana Menteri yang diberi mandat sepenuhnya oleh Jemaah Menteri untuk memenuhi undangan Donald Trump membuat lawatan ke Rumah Putih,” katanya pada selepas perjumpaan bersama jawatankuasa UMNO Terengganu di Kuala Terengganu, pada Rabu.
Annuar mengulas desakan Ahli Parlimen Gelang Patah yang mengesa jemaah menteri menolak jemputan Presiden AS yang dijadualkan pada 12 September ini.
Tegas Ahli Parlimen Ketereh itu, kunjungan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mampu meningkatkan hubungan diplomatik dan ekonomi kedua-dua negara dan satu penghormatan kepada Najib dan Malaysia.
“Lawatan Najib ke AS dijangka memberi impak besar kepada negara terutama dalam membina hubungan strategik lebih erat dan hubungan ekonomi yang lebih bermanfaat,” kata Annuar lagi.
Wartawan Watan-Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.