Monday, September 18, 2017

RCI: Penjualan saham kerajaan secara senyap-senyap

Alyaa Azhar
Hari ini, 10:15 pagi Hari ini, 11:12 tengahari

LANGSUNG l  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditugaskan untuk mengkaji kerugian berbilion ringgit oleh Bank Negara Malaysia dalam pertukaran asing.

Memulakan prosiding hari ini adalah bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang tampil sebagai saksi yang ke-23.

Malaysiakini menyiarkan prosiding itu secara langsung.
10:38am: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Kehakiman dan terus menuju ke kamar prosiding.

Mahathir tiba lima minit kemudian, dan beliau diarahkan untuk terus ke kamar saksi.

9:30am: Othman berkata mesyuarat pada bulan November 1994 yang dihadiri oleh Timbalan Gabenor Bank Negara (Othman tidak ingat siapa timbalan gabenor ketika itu), Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Clifford Herbert dan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid memutuskan bahawa penjualan saham milik kerajaan hendaklah dilakukan “secara senyap-senyap"

Othman dan pesuruhjaya RCI, Datuk Kamaluddin Md Said kemudiannya bertikam lidah berhubung penualan saham secara senyap-senyap itu.

Kamaluddin: Penjualan saham dibuat senyap-senyap.
Othman: Mungkin daripada perbincangan diadakan.

Kamaluddin: Saya tak minat dengar fakta-fakta mungkin.

Othman: Saya based on ingatan sahaja.

Kamaluddin: Sama ada Datuk tau atau tak.

Othman: Setakat on ingatan saya sahaja.

Apabila Othman berkata beliau tidak pasti mengenai butiran yang berkaitan pelantikan Tan Sri Jaffar Hussein sebagai Gabenor Bank Negara, Kamaluddin meninggikan suaranya dan berkata bahawa Othman sepatutnya mengetahui perkara itu.

Walau bagaimanapun, Othman menjawap dengan mengatakan bahawabeliau tidak dapat mengingati segala perkara yang berlaku puluhan tahun lalu.

9:00am: RCI bermula dengan bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan di Kementerian Kewangan, Datuk Othman Che Jusoh memberi keterangan.Beliau adalah saksi ke-22.
I
Ini bakal diikuti dengan Daim. Mahathir belum kelihatan di kompleks itu, dan dijadualkan memberi keterangan pada pukul 11 pagi.

Beliau dijangka menjadi saksi ke-24, selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil pada 7 September lalu sebagai saksi ke-21.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu hadir sebagai pemerhati semasa prosiding itu sebanyak dua kali.

Setakat ini, prosiding yang dijalankan menyaksikan kebanyakan saksi berkata bahawa mereka tidak membincangkan kerugian forex dengan Mahathir.

Antara mereka, termasuk bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengakui bahawa beliau tidak pernah membincangkan transaksi forex pada tahun 1986 hingga 1993 dengan Dr Mahathir dan Anwar.

Seorang bekas peniaga forex dengan bank pusat itu juga mengakui bahawa Mahathir tidak pernah memasuki bilik urusan forex Bank Negara.

Skandal forex berlaku sekitar akhir 1980-an dan awal 1990-an semasa Mahathir adalah perdana menteri.

Ada pihak mendakwa RCI forex ditubuhkan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba membalas dendam terhadap seteru politiknya dan mengalihkan tumpuan ke atas skandal 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-