Thursday, July 30, 2015

Tajuddin yakin PM tak tutup mulut, tak tutup telinga

Anggota kabinet Datuk Tajudin Abdul Rahman yakin perdana menteri akan mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah video bocor berhubung dana RM2.6 bilion yang didakwa dalam akaunnya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajudin Abdul Rahman berkata ini kerana Muhyiddin Yassin telah menyebut nama Datuk Seri Najib Razak.
"Ini adalah satu tuduhan sangat serius. Saya tidak fikir Najib akan mengabaikannya. Saya pasti Najib tidak akan menutup telinganya. Dia akan jelaskan, cuma perlu bersabar," katanya.

"Jika sesuatu seperti itu berlaku kepada kamu, saya pasti dia tidak mahu namanya tercemar jika itu tidak benar," katanya sambil menambah isu itu kini sedang hangat dibahaskan oleh media di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, beliau mendakwa tidak mengetahui berhubung dakwaan Muhyiddin ada berbual dengan Najib berhubung itu itu.

"Najib mungkin telah bercakap dengan Muhyiddin, jika Muhyiddin mendakwa dia telah mendengar daripada (Najib), kami tidak tahu.

"Kami pegang apa yang dia kata, kami percaya pada beliau," tambahnya.

Tajudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video bocor yang dikatakan memuatkan pengakuan Muhyiddin bahawa perdana menteri mengaku danan RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadinya.

Semalam Malaysiakini cuba mendapatkan respon perdana menteri berhubung video tersebut, namun beliau tidak melayan soalan wartawan.

Soalan itu diajukan ketika Najib beredar selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan yang menghadiri majlis yang sama, memberitahu pemberita selepas Najib beredar, bahawa perdana menteri telah memberi taklimat kepada Majlis Tertinggi Umno mengenai isu RM2.6 bilion itu.

"Beliau (Najib) tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan masukkan ke dalam akaunnya," tegas Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-