Wednesday, October 4, 2017

'Bendera UMNO berkibar dalam sekolah' Sketsa pelajar sempena Hari Kebangsaan


Isu pelajar sekolah mengibarkan bendera UMNO di dalam perkarangan sekolah yang menjadi viral baru-baru ini adalah lakonan semula pelajar sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata, persembahan itu dilakukan oleh pelajar dari salah sebuah sekolah di Putrajaya yang melakonkan semula detik-detik negara mencapai kemerdekaan.

"Setiap tahun apabila tiba bulan kemerdekaan, banyak sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menyemai sikap patriotik, cinta dan sayangkan Negara. Sejarah menentang Malayan Union dan Tunku Abdul Rahman membawa rombongan kemerdekaan ke London.

"Ada sekolah yang melaksanakan program bercerita, bersajak, kuiz dan macam-macam lagi.

"Dan ini adalah sejarah kepada Kejayaan Malaya melepaskan diri dari cengkaman pembangkang tanpa menumpahkan darah," katanya mengulas isu yang mendapat kecaman pembangkang itu.

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Presint 14 Putrajaya dimana sewaktu persembahan tersebut berlangsung, ianya turut disaksikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Isu berkenaan turut dimuat naik di sebuah portal berita pro-pembangkang dan sebuah NGO mempertikaikan 'kibaran' bendera UMNO di dalam perkarangan sekolah sebagai cubaan mempengaruhi minda pelajar dengan semangat politik kepartian.

Razlan dipetik Agenda Daily menegaskan, pembangkang tidak boleh memadam sejarah bahawa UMNO, MIC dan MCA telah berjuang mendapatkan kemerdekaan menerusi rundingan Tunku Abdul Rahman, Tun V.T Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock bersama pemerintah British.

"Yang menjadi pelik hari ini apabila ramai yang tidak boleh menerima kenyataan kejayaan UMNO melawan Malayan Union dan membawa kemerdekaan," ujarnya.

Beliau mengajak NGO pembangkang untuk belajar mengekalkan sikap patriotik yang semakin hilang dalam rakyat Malaysia akibat daripada permainan politik yang jijik sehingga sanggup berkata buruk terhadap negara sendiri.

"Tidak ada yang pelik sekiranya sekolah melaksanakan program Kemerdekaan dan ia adalah satu sistem demokrasi yang diamalkan didalam pentadbiran negara," katanya lagi.

- mD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-