Friday, January 5, 2018

Skandal tanah Felda: Polis rakam kenyataan Isa Samad

Anne Muhammad

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad hari ini tiba di Menara 238 pada jam 10.30 pagi bagi memberi keterangan berhubung kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang berjumlah lebih RM250 juta.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Amar Singh Ishar Singh yang berkata Isa hadir bersama empat pegawainya.

“Saya boleh mengesahkan bahawa Tan Sri isa Samad telah datang jam 10.30 pagi tadi untuk memberi keterangan mengenai kes Felda.

“Beliau datang bersama empat pegawai khas beliau. Kita sedang ambil keterangan beliau. Hari ini, hari Jumaat, kita akan sambung selepas sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita di bangunan itu, hari ini.

Lebih 30 petugas media mula berkumpul sejak jam 9 pagi di lobi bangunan itu.

[Berita penuh menyusul]
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/407642#8JiFXxztQ4fmw5Xl.99

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-