Hari ini, 12:37 pm Hari ini, 12:39 pm
Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (DOJ) masih membisu terhadap rampasan kapal layar mewah Jho Low di yang dikaitkan dengan penyalahgunaan wang 1MDB, di Bali semalam.
“DOJ tidak dapat mengulas melebihi aduan dalam kes yang masih berjalan ini,” kata jurucakapnya ketika menjawab soalan Malaysiakini.
DOJ bagaimanapun menegaskan pemfailan mahkamah, termasuk waran tangkap untuk rampasan semalam dikeluarkan oleh hakim mahkamah daerah AS Dale Fisher bagi pihak daerah tengah California di Los Angeles.
Polis Indonesia dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) semalam merampas kapal layar mewah Equanimity milik Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan dana yang disalah guna bersumberkan 1MDB.
Dalam rampasan di Bali itu, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low dilaporkan.
Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan DOJ"keterlaluan" kerana bertindak di peringkat global tetapi “tidak melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan”.
DOJ percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion wang 1MDB disalahgunakan dan mereka sedang berusaha mendapatkan kembali aset AS$1.7 bilion yang dikaitkan dengan skandal itu.
Jabatan itu terlibat kerana mereka percaya dana itu telah dicuci melalui sistem kewangan AS.
DOJ buat sementara menangguhkan pelucuthakan aset-aset itu melalui saman sivil, sementara menunggu kes jenayah yang berjalan serentak.
[Baca berita asal]
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413931#ylk8QXJct6TpPrM1.99
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.