Monday, April 9, 2018

'Azmin tak ada benda elok nak buat'

ZULAIKHA ZULKIFLI

BERITA


Umno Selangor menganggap menteri besar sementara Datuk Seri Azmin Ali sengaja membuat gimik dengan mengambil Grab untuk pulang ke rumah selepas memulangkan kereta rasmi kepada kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan menganggap, Azmin seperti tiada perkara lain untuk dibuat dan hanya ingin menarik perhatian awam.

"Tak ada benda elok untuk dibuat kot. Orang cerita hal masa depan, dia hanya pandai tarik perhatian dengan trick bukan-bukan," katanya kepada Malaysiakini.

Azmin dan exco yang lain pagi tadi menyerahkan kembali kereta rasmi kepada kerajaan negeri susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Selepas menyerahkan kunci kereta secara rasmi, Azmin didakwa memesan khidmat perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi itu untuk pulang ke rumah.
Perkara itu ditulis oleh seorang wartawan luar negara di Twitter miliknya dan ia diulang tweet oleh Azmin sendiri.

Menurut Twitter Azmin, beliau dan exco menyerahkan kenderaan rasmi itu kepada setiausaha kerajaan negeri Selangor.

Mengikut undang-undang, dengan pembubaran sesebuah DUN, seorang menteri besar dengan sendirinya menjadi 'menteri besar sementara', sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif baru dilantik.

Selain itu Anggota Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali berkenaaan turut mengkritik tindakan Azmin serta exco kerajaan negeri yang memulangkan kereta rasmi kerajaan.

"Prestasi seseorang pemimpin biasanya tidak diukur dari sudut serah kereta macam ini.

"Biasanya orang marah, kecewa atau orang jiwa memberontak atau yang mengada-ngada sahaja yang suka buat perangai macam ini," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-